agensi mencari jodoh

(p/s: sekadar gambar hiasan)

nama saya qayyum abdul razak, masih single, menunggang kawasaki ninja RR berwarna hijau, berkemungkinan hanya sebiji sahaja di bandar kinrara ni, bekerjaya sebagai unit pemprosessan di telekom malaysia, tinggal di kompleks kondominium suria kinrara, masih tiada tanggungan yang berat selain menyara adik-adik dan parents saya, saya tak banyak karenah, wallet saya berkepuk duit, credit card baru ada 1 je RHB visa, helmet saya murah la tapi helmet magnum sbb helmet GM saya kena curi kat KLCC sebulan lepas. saya tak suka lepak kedai murah seperti di downtown or uptown dan boleh di katakan setiap malam saya makan murni, williams, seoul garden, old town, laksa shack, (sila rotate menu makanan saya setiap hari).

tapi sebelum tu saya nak tanya awak, wahai gadis2 sekalian, adakah awak memakai tudung? pandaikah awak memasak dan mengemas rumah? apalah nak di bandingkan sangat kerja mudah ini berbanding membanting tulang 4 kerat ni mencari rezeki halal tak kira siang malam untuk menyara keluarga nanti? berbaloi ke penat lelah saya mencari rezeki untuk seorang gadis mcm awak? soalan saya tak terhenti di situ. sudi dan sanggupkah awak menjaga ibu bapa saya ketika mereka sakit? mampukah awak memberikan saya zuriat dan anak-anak yang bijak serta taat kelak? awak pandai buat air sirap selasih tak? air teh berperisa peach? goreng jemput-jemput pandai?

maafkan saya sebelum saya menjadi lebih kasar dan menguris hati awak, saya nak tahu adakah paru paru, jantung, otak awak tiada kesan nikotin dan tar hitam? mulut awak? usus awak? pernah ke air syaitan melalui kesemua organ2 itu? sbb saya tak mahu anak-anak saya kelak cacat, kurang zat, di lahirkan cacat ataupun tak cerdik sebagaimana anak-anak orang lain. mata awak tu seberapa banyak maksiat yg awak telah lihat?

sekiranya anda mempunyai ciri-ciri ini, maka saya rasa, kita harus menyegerakan proses mendirikan tiang masjid ini, saya tidak keberatan untuk meninggalkan number telefon saya, dan juga kunci rumah saya untuk awak, dan hati awak.

apa kata awak?

2 comments:

mohd said...

tapi sebelum tu saya nak tanya awak, wahai gadis2 sekalian, adakah awak memakai tudung? pandaikah awak memasak dan mengemas rumah? apalah nak di bandingkan sangat kerja mudah ini berbanding membanting tulang 4 kerat ni mencari rezeki halal tak kira siang malam untuk menyara keluarga nanti? berbaloi ke penat lelah saya mencari rezeki untuk seorang gadis mcm awak? soalan saya tak terhenti di situ. sudi dan sanggupkah awak menjaga ibu bapa saya ketika mereka sakit? mampukah awak memberikan saya zuriat dan anak-anak yang bijak serta taat kelak? awak pandai buat air sirap selasih tak? air teh berperisa peach? goreng jemput-jemput pandai?...LOL yumm ini tk boleh blah

Qayyum Abdul Razak said...

lolo. ini pertanyaan aku kepada para gadis2