MALAYSIA - paling selamat di rantau asia?


Malaysia paling selamat di Asia Tenggara, ke-19 dunia

08/03/2012 9:27pm

PUTRAJAYA 8 Mac – Malaysia diiktiraf negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, ia juga sekali gus membuktikan kesungguhan, komitmen dan kerja keras semua pihak khususnya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi berkaitan.

"Ia termasuklah komitmen sukarelawan polis terlatih dari Angkatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan PDRM dan agensi-agensi berkaitan khususnya dalam memastikan rakyat di negara ini dapat hidup dalam keadaan selamat, aman dan tenteram.

Selain itu katanya, pada tahun lepas, jenayah indeks keseluruhan turut mencatat penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2010, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu lima peratus.

Sementara indeks jenayah jalanan pula mencatat penurunan sebanyak 40 peratus berbanding tahun 2009, iaitu selari dengan sasaran yang ditetapkan. – BERNAMA

this piece of shit article is taken from utusan

sebagai seorang warganegara malaysia yang tinggal di antara kawasan hitam di selangor iaitu puchong, saya sendiri rasa tak selamat tinggal di kompleks kondominium suria kinrara ni. dalam tempoh sebulan je 2 kes gaduh melibatkan awang hitam di tempat tinggal saya.

mungkin dari segi jenayah antarabangsa ataupun berprofil tinggi malaysia masih boleh di kira selamat?

bagaimanapula dengan jenayah-jenayah domestik? baru2 ini ada dengar berita budak hilang, budak mati kena bakar, budak kena culik budak kena lemaskan budak itu budak ini.

tu belom cerita kes langgar lari, simbah asid, kes tikam menikam rodok merodok.

selamat sangat ke kalau di kirakan dari segi jenayah domestik ni? aku naik motor pon rasa tak selamat kalau kat traffic light. risau kena simbah asid. kena tembak ke. bukan kira ada dendam ke takde dendam. jenayah tak perlu motif, jenayah perlukan niat, dan syaitan.


0 comments: