mungkin ini sebabnya.

biarlah bulan puasa ni aku berbicara dalam bahasa melayu. kadang kala meluat juga memerhati susurmasa twitter memerhati anak gadis bawah umur yang sentiasa tweetnya dalam bahasa ingeris regardless umur dan tahap IQ mereka. tapi apa yang saya boleh kata apa yang saya jumpa in common, semuanya perihal cinta. sebagai contoh, love is blah blah blah, if u love somebody blah blah blah.

dan ada juga anak gadis yang ntah lah, mungkin hidup mereka agaknya lebih kurang dengan cerita remaja zaman saya membesar dahulu, dawson's creek, the O.C, one tree hill. setiap tweet mereka berkisarkan kesemua ini. ada juga yang berbicara gaya tuhan. fesyen, kecantikan, blahblahblah

ah, pedulikan itu semua.

tapi itu bukan sebab dan tujuan sebenar kenapa post ini di tulis. saya tidak ingin berbicara tentang itu. ia berkenaan sesuatu yang sudah lama saya tinggalkan. entah kenapa rasa seperti mahu menulis tentang ini. oh, ia berkenaan salah seorang sahabat saya yang tidak berjaya membina mahligai perkahwinan dia, tapi ia bukanlah berkisarkan tentang kejadian ini, tapi apa yang saya nak tulis, berkenaan move on.

perpisahan bukan benda yang mudah. tak mudah untuk kita membenci orang yg kita pernah sayang, pernah buat pelbagai benda bersama. kebencian tak datang semudah itu. ia tidak seperti membenci vlog mat lutfhi yang entah apa-apa tu sedangkan anda baru tengok 2-3 kali, dia tak semudah membenci maria elena the greek belen, tak semudah membenci azhar idrus dan halal haramnya. ia lebih kompleks dari itu.

sebenarnya, membenci bekas anda adalah benda yang rasanya tidak mampu di lakukan. jujur, saya sehingga hari ini masih tak mampu membenci, kadang2 ada jugak terfikir, mcm mana life dia. ok ke. ke tak ok. boleh ke dia move on. dan dari situ datangnya niat nak stalk, semata-mata untuk memastikan bekas anda hidup gembira, aman damai, tapi dalam masa yang sama, anda sedang menyakiti hati sendiri, dengan bertanyakan soalan, pergh gembira hidup dia lepas clash, senangnya dia move on, aku ni siapa pada dia dan blahblahblah.

saya juga punyai pengalaman sendiri. saya tak pernah stalk di facebook sebab mungkin telah di block. or mungkin dia tak pernah ada akaun facebook. tapi saya sentiasa memerhatikan blog peribadinya, ada sekali dia minta tips berkenaan design, lalu saya utuskan komen anonymous memberikan sedikit panduan dan tips. pernah juga 2-3 kali terserempak di kota kuala lumpur dan melaka, tapi saya tidak menonjolkan diri. hanya memerhatikan dari tepi.

dan kemudiannya, ia berkenaan anda. tidak mudah untuk kita buka hati kita lepas tu, lelaki ni, kalau dia betul serius, lagi lah yang sudah punyai mata pencarian rezeki sendiri, bagi lelaki, ini bukan main-main. masa dan tenaganya siang malam di habiskan untuk mencari rezeki, malah ada yang makan megee walaupun bergaji 3 ribu sebulan demi memenuhi kehendak.

selepas semuanya gagal, tak mudah untuk move on. walaupun ada diversi seperti mempunyai hobi baru seperti memancing, outdoor, riding dan sebagainya, itu semua tak sama dengan apa yang anda pernah lakukan dengan si dia sepanjang 7-8 tahun yang lalu. anda hilang diri sendiri, anda hilang minat, anda hilang "jiwa" seperti saya, saya hilang minat terhadap orang yang saya ada minat untuk mengenali lebih rapat setelah semalaman bersms ke, twt ke, whatsapp ke viber ke dll.

mungkin ini sebabnya. mungkin juga saya yang tidak mahu, tapi ini soal hati dan kemahuan, buat apa teruskan kalau tiada hati, anda menyakiti orang lain dan juga diri sendiri. terus terang saya kata, apa yang saya buat sekarang hanyalah mencari rezeki, gembira menikmati hidup bebas tanpa ada apa-apa kekangan dan komitment. saya dah pernah buat itu, ini, dengan dia, kalau buat sekali lagi, dengan teman baru, untuk masa ini, tak bermakna. tak mudah bagi saya.

tak mudah juga bagi semua orang. benda ini terlalu luas, universal, cara ia berkerja adalah di luar batasan kita untuk kita kawal. masa. boleh kita kawal masa sepenuhnya? kata saja apa yang pernah di buat. semua pernah. sebab itu tak semudah itu untuk terus jatuh.

jadi, tanyalah diri anda. bagaimanakah caranya meneruskan kehidupan? jawapan ini hanya anda seorang yang mampu jawab.

ja.

0 comments: