957 - bulan.

semalam, lepak di saints bar. dengan bell & kalap. just the 3 of us. social-bro-bro-turns-half-dude sessions. as we enjoy the night, enjoy earth hour di saints bar. not to mention good food, good music, good place. the perfect saturday ever. no work. no stress. no obligation towards anything.

anyway. sebenarnya bukan nak share gambar ke nak promote saints ni. akakaka. its just, last night we had this one game. Q & A. bell asked.

"kalau bulan tu ada jantina, apa jantina dia, lelaki ke pempuan"

aku lupa dah apa jawapan bell. kalap kata, jantina pempuan tu tak penting, apa yang penting, fungsi kedua-dua tu (rumusan).

and this is what i said about the moon's gender.

"aku rasa, bulan tu lelaki. ceritanya begini. ada 3 sekawan. bulan, bintang & matahari. bulan dan matahari bercinta. berpasangan. bintang, iri hati. bintang menabur caci nista. matahari percaya. marah. panas. bulan terak derita. sejuk. gelap. hati mati. jauh. dan kemudiannya matahari pun naik atas. bulan ke bawah.

. . . .

aku percaya matahari itu perempuan. sifatnya marah. senang berubah-ubah. tidak setabil. panas. dan aku juga percaya bulan itu lelaki. hatinya mati. harapannya mati. akan tiba satu hari mana di mana bulan akan cuba toleh kebelakang, dan kemudian cuba mendekati matahari. sebab tu adanya bulan sabit, bulan separuh sabit, gerhana bulan. tetapi, dia takkan pernah kembali. pasang surut itu airmatanya."

aku tak tau apa benda yang rasuk aku malam tadi. lain macam. deep gila. mmg habis deep. kahkahkah.
oh ya, nah zina makanan. 

kalau masih mencari tempat hangout yang agak chill, and tak kesah bayar lebih untuk makanan sedap, keadaan selesa, marilah ke saints bar, di the strand, kota damansara. (IKLAN). btw setiap rabu ada movie nights, kamis jumaat sabtu ahad ada live band. tgh hari pun ada promotional lunch. quite cheap and affordable. try la guys this place. worth every penny. boleh juga follow di twitter @Saints_Bar dengan hashtag #BossBabi.

haaa saints bar dalam earth hour mode.

candle, all along the corridor. embracing earth hour katanya.

beef carbonara. prepared by jeeva. or jeeva assistant.
had dessert too. nyums


0 comments: