22/12/13

habis sudah cuti seminggu. takde buat apa2 yg significant. sekadar tidur dan satu dua benda besar sahaja. tak banyak benda nak diceritakan. boleh kata, hampir semua aktiviti harian dan nilai diri aku jaja di laman sesawang twitter. yg bangga, yg cela. yg wangi yg busuk. hamburkan saja disana. canang saja jasa disana. tabur budi dan bakti disana.

manakala cacatan memori dan perjalanan disini makin aku pinggir dan lupakan. alasannya - tiada masa. sukar menulis coretan perjalanan hidup di atas fon. tandus idea katanya. mana tak datang tandusnya idea. sudah kau buang satu persatu, selang sesaat kau hamburkan semuanya disana.

. . .

oh ya. terima kasih kepada rakan2 yg wish happy birthday tempoh hari dgn pelbagai ucapan aneh dan tak juga mendoakan kesejahteraan dan kesihatan diri ini. bertambah sudah umur. tapi masaknya tentang kehidupan masih tak nampak2. dikatanya matang. pemikir. revolutionaire. tapi sekadar kata2 gebang dan idea yang tak pernah nampak perlaksanaannya. 

dan setiap kali malam menjelma aku sukar lelapkan mata. berfikir. nak ubah. tapi...

*cliffhanger*

0 comments: