Where does the good men/women go.Maybe there is none.

Mulai hari ini,kepercayaan aku terhadap sistem perundangan di malaysia,sama ada di sektor awam ataupun swasta,telah bertukar menjadi 0.Iya.Kosong.KOSONG

Entri ini akan menjadi sedikit emosi.Di harap golongan yg terlibat di dalam pasukan POLIS,mahupun JPJ.

14/6/2008 Sabtu 3.30 am:
-terlibat dalam kemalangan yg hampir meragut nyawa sendiri.Report polis.Statement di ambil.Pelanggar cabut lari dan tidak melaporkan kemalangan.

15/6/2008 Ahad :
-tidak banyak yg boleh di lakukan hari ini kerana kebanyakkan sektor awam bercuti hujung minggu.tetapi tidak pada pasukkan polis.tidakkah kamu tahu bahawa sekiranya kemalangan yg berlaku tidak di laporkan oleh dua pihak yg terlibat,polis SEHARUSNYA/WAJIB/MESTI mengambil statement kali ke 2 oleh mangsa/tukang lapor yg pertama.Tetapi pegawai yg bertugas TIDAK BERBUAT DEMIKIAN.MALAS.ATIDAK BERTANGGUNG JAWAB DAN KEMUNGKINAN BESAR SUDAH DI BAYAR PESALAH TERBABIT.

16/6/2008 Isnin 10.00 am :
-sekali lagi saya pegi ke balai polis untuk follow-up tukang langgar.tetapi di layan mcm sampah serta di tolak ke JPJ tuk mendapatkan maklumat tentang kereta yg melanggar.Duh it SHUD BE THE POLICE JOB TO DO THAT! NOT THE VICTIM LA BODOH.

2.00 pm :
-pergi ke JPJ.sudah membawa semua dokumen yg berkaitan untuk menjejaki tuan empunya kereta.Hasilnya,di halau pergi oleh kelecehan system BIROKRASI.Pegawai itu juga banyak soal.Seperti sudah DI SUAP OLEH PESALAH.Mula2 dia minta dokumen yg sepatutnya di perlukan untuk trace pesalah kemudian.Seterusnya dia membuat alasan baru untuk tidak trace pesalah itu dengan suruh ke balai polis,jumpa lawyer,waran,and blah3.Wajarkah? Polis sendiri suruh saya pergi dan berkata kesemua dokumen yg di perlukan oleh JPJ ada bersama saya.Apa ni? Adekah mereka ini melakukan tugas?

17/6/2008 Selasa 3.00 pm :
-mengupah peguam.dia akan menuntut keadilan pagi pihak saya.wait and see.

PEMERHATIAN :

Mungkin kerana inilah,tonggak keadilan di dalam malaysia di katakan korrupt.Lihat la sendiri kesukaran yg saya hadapi.Ataupun saya berjumpa dengan pegawai yg silap.Berdasarkan pengalaman sendiri dan juga ahli keluarga terdekat,mereka semua menghadapi situasi ini.Pihak berkuasa tidak menjalankan tugas mereka.Apekah gunanya menjadi polis.Bukankah tujuannya untuk membantu orang.Seperti di dalam motto : Cepat,Mesra,Betul? Saya mendapati bahawa motto ini perlu di tukar sejajar dengan servis yg di berikan.Lambat,Corrupt dan Penipu.

Adalah munasabah poster2 dan juga clip badge remaja2 muda mudi masa kini dgn lantangnya menyuarakan BELIA BENCI POLIS.Mungkin saya faham mengapa mereka benci polis.Mungkin kerana ini,ia telah membuka mata saya kerana setelah sekian lama saya menatang,menjunjung keadilan dan kecekapan POLIS DI RAJA MALAYSIA,baru saya tahu bagaimana perihalnya yg sebenar.Saya berharap sangat2 agar ada satu lagi kuasa keadilan yg baru di bentuk.Dengan orang yg baik2 sebagai pegawai atasan.Tidak seperti sekarang ini.Pernah dengar peribahasa ini?

"Bapak borek anak rintik,Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?"

Pada pendapat saya,jika kerajaannya pun sudah korrupt,manakan anak buahnya mengikut kepalanya korrupt.

Sekian.
Insan yg marah.



1 comments:

Unknown said...

syukur ko ok mok2.

send some surat to menteri.
try hit them with the kelembaban dan birokrasi-whatever-shit they gave to you.

not all police station lembs dan JPJ sucks.though mmg sucks,sometimes.
*matikkklahh statement provok light2*

and pls.
what's the point of being a MC student and blogger?

spread this out!

good luck in your journey!seeking for JUSTICE!