separuh sedar

titik. di setiap satu penghujung punyai suatu titik.
selepas mula nya satu titik. di akhiri dengan titik lain.
dan titik-titik itu kalau di sambungkan,

boleh jadinya mati,
boleh berkuasa menghidupkan.
kita,

patah.pecah.hilang.
sebagai buih laut yang ada tercatat dalam buku sang kanak-kanak
tatkala si ikan duyung di tinggalkan kelasi.
semena-mena di tipu pula si ahli sihir.

itulah dunia.
di dalam kesibukan caca merba dunia kita alpa.
terlena dalam kelompok sang biru yang hanya terdiri daripada
golongan pengaut
lahir daripada dasar kehitaman yang sehitam-hitam.
mana putihnya?

kita produknya.
tanya dirimu.
apa mahu mu.

yang pasti,
sejauh mana sedarmu di dalam tidak kesedaranmu?

aku?
tidak pasti
kamu?
bagaimana?

0 comments: