komik hong kong


gambar : pendekar laut

aku yakin korang semua mesti baca komik.konfirm 100%.aku start baca komik since darjah 2.cerita alam pewira.mesti ramai tak familiar dgn komik ni.watak2 seperti ji fat,ji kou,ifrit utama serta penghukum dewa sudah pasti mengamit kenangan lama.haha.

then lepas alam pewira,munculah komik2 seperti dewata raya,anak-anak wira,hikayat senjata keramat,pedang setiawan,tornado 13,raja rimba, dan yg paling terkenal skali adalah pendekar laut dan wira tunggal.antara komik paling hit serta memberi saingan kepada dragon ball pada ketika itu.

komik dewata raya dgn pendekar laut aku ni sangat mempengaruhi kehidupan aku time kecik2.asal g skola je madah nak praktikkan jurus2 serta hikmat2 seperti ilmu kebal loceng emas,tinju maut pendekar laut 999,999 hp,gaya parang neraka 3 penjuru,juara tempur wira,hikmat putaran medan magnetic,tetakkan tidak kesal membunuh dewa.waahahaha banyak betul hikmat.mmg best gile.

dari generasi ke generasi pendekar laut ni gaduh.komik pendekar laut je dah 3 generasi.wira tunggal pun 3,tambah lagi wira tunggal pheonix dgn wira tunggal infinity.dari zaman pendekar laut,xinan,zonan,wunan,orga,blue dream sampai la ke topeng perak,sang asura.fuh mmg best.

wan yat leung mmg handal membuat cerita komik.aku salut.tapi kebanyakkan komik hong kong ni tidak sesuai di baca golongan minor sbb cerita dia agak serius.aku masih ingat pertempuran paling epic skali.

EPIC MOMENTS :

pendekar laut vs orga di bulan : result kepala orga kene tanam dekat bulan.

pendekar laut vs xinan 2nd round : xinan membunuh bapanya sendiri menggunakan tetakkan tidak menyesal membunuh ayah sendiri,sambil memegang kepala pendekar laut tanda kemenangan lalu bercucuran air mata.

penjejak neraka vs pendekar laut : sbb pertama kali aura pedang samurai di perkenalkan dlm komik hong kong

jerung rasaksa vs zonan (alat skynet) : jerung rasaksa yg kuat tu pon mati.abg kepada orga

break dream vs zonan : break dream putus 2

xibo vs zonan : anak kesayangan xinan rupanya kuat nak mampus

xiten (anak zonan tapi di bela xinan) : mati di tangan zonan sendiri

zonan vs xinan (2nd round) : zonan menggunakan 7 juara tempur wira lalu menumbuk xinan dgn tinju maut pendekar laut 1 juta HP mengorbankan nyawa xinan yg umpama telur di hujung tanduk.dendam antara adik beradik.

viktor (penjelmaan harimau hitam + naga merah) menewaskan pemakan dunia.LOL (yg ni dah berpuluh penjelmaan tipu sangat)

haha,tu je yg paling aku jelas.ada pic di bawah.courtesy google.saje je nak ingat balik time kecik2 dulu


pertarungan di antara penjejak neraka(ayah angkat pendekar laut),jerung rasaksa,jerung putih serta orga.3 vs 1


orga sedang di jamu tinju maut pendekar laut.

penjejak neraka sedang di nodai tinju maut pendekar laut 999,999 hp oleh pendekar laut sendiri (org pertama dapat capai tahap 999,999 hp)

p/s : aku nak blaja tinju tidak kesal membunuh dewa.sapa nak ajar XD

3 comments:

. said...

tinju tak kesal membunuh dewa LOL

u gotta loooooveeeee those language translators and their creativ dim witted minds

anyway sape ada koleksi Jengking Merah? XD

i did google the title and all i get are bad scans :(

MUNIRA AZME said...

saya pun ada baca la komik nie rasanya dah lebih 10 tahun :-P... Curi abang punya komik...dia sorok bawah katil...kedekut!! he he

Luna said...

aku pnh ada jengking merah~
tapi aku rasa adik aku dah tuka jadik duit~

haha!