teks ucapan debat aku tempoh hari

Yang di hormati,yang di pertua,encik khairul ariffin,barisan kerajaan dan rakan sebarisan pembangkang serta sidang dewan yg di hormati sekalian.saya mohon untuk terus membangkang.

Sekali lagi saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa usul yg saya dan rakan semeja sy perdebatkan hari ni adalah “undang² tidak mampu menangani masalah perpaduan nasional”

Seblom saya bermula,apakah yg anda faham tentang perpaduan nasional.Ia boleh didefinasikan sebagai kesatuan di antara kaum2 serta etnik di negara kita,jadi di sini jelas di tunjukkan bahawa kesatuan itu sendiri datangnya dari pada perpaduan rakyat itu sendiri,bukan daripada pihak kerajaan ataupun badan² tertentu.

( 3 barisan kosong untuk mencatit point dari menteri 1 pihak kerajaan)

Saya di sini hanyalah untuk membangkang sahaja.Saya mempunyai fakta yg sangat jelas yg menunjukkan bahawa,ketidakseragaman diantara undang²,demokrasi,diversiti di dalam masyarakat merupakan teras kepincangan di dalam masalah untuk membentuk perpaduan nasional di negara kita.

Izinkan saya membentangkan hujah saya yg pertama iaitu undang-undang demokrasi didalam negara yg sedia ada kini masih tidak mampu menentang diversiti dan seterusnya menjadi punca kepada keruntuhan perpaduan nasional.

Korupsi di dalam insititusi undang² kian meruncing serta merisaukan negara dan rakyat di negara kita dari hari ke hari.Seblom saya meneruskan perhujahan saya lagi,saya minta semua yg bersidang,sila soroti kembali sejarah tanah melayu.Seblom merdeka,negara kita telah di tadbir oleh pihak british.tetapi anda semua tidak sedar, pihak british telah mengajar para pemimpin² terdahulu mentadbir tanah melayu dengan dwi-taktik penipuan di dalam pemerintahan.hak rakyat di abaikan dengan termaktubnya akta-akta dan undang² represif seperti akta keselamatan di dalam negri 1940,akta hasutan 1948,akta rahsia rasmi 1972,akta percetakkan dan penerbitan 1984 dan akta university dan kolej university 1971 yg telah merampas segala hak dan menyekat kebebasan hak rakyat untuk bersuara demi untuk mendapatkan keadilan.dan jika hak meraka ini tidak dengari,adakah ini yg di namakan demokrasi pada hadirin yg bersidang? Dimanakah intergeriti undang-undang demi mengekang masalah diversiti yg berlaku? Jika hak diantara etnik,kaum,jantina,umur,tempat lahir dan warna kulit tidak dapat si selami secara demokrasi,maka makna perpaduan perlukah di nilai semula selepas kita merdeka.

kita tidak boleh biarkan rakyat berfikir “ada pihak tertentu sahaja yg berhak memerintah dan mengubal undang²,fahaman politik yg sempit ,nilai doktrin patriosime yg sudah songsang”.

Sebelom hak dan kebebasan rakyat di pulihkan dengan pemansuhan undang represif² dan pemilihan pentadbir negara dapat di jalankan dgn bebas dan adil hasil daripada reformasi dan pemilihan secara radikal,sekali gus kerajaan Barisan Nasional yg sekarang ini menyelaraskan dwi-taktik penindasan dan penipuan dapat ditolak sama sekali menurut proses demokrasi,selama itulah proses pendemokrasian kita menemui jalan buntu,begitulah juga usaha kerajaan dan undang² untuk memupuk semangat perpaduan nasional menemui jalan mati.

Jika perlembagaan persekutuan boleh di anggap sebagai penjelmaan semula semangat “kontrak sosial”,maka dasar “ketuanan melayu” tidaklah sebulu dengan isi kandungan perlembagaan.

Pada mata kami,pihak pembangkang “Ketuanan melayu” adalah salah satu “kontrak sosial” antara kaum yg tidak dapat di kompromikan lagi.ia jugak mewujudkan kedudukan yg tidaksama rata kerana oleh hak istimewa org melayu dan bumiputera seringkali menimbulkan ketegangan di dalam etnik masing masing.sebagaimana “ketuanan melayu ini disalah guna oleh sesetgh pihak di dalam DEB (dasar ekonomi baru) yg di katakan hanyalah agenda ketuanan melayu untuk menguasai negara ini.

Kemudiannya saya ingin sentuh di sini bahawa pemikiran “Ketuanan Melayu” yg di amalkan oleh pihak kerajaan adalah bercanggah dgn Perlembagaan didalam perkara 8 yg mengatakan bahawa :

a)semua org adalah sama rata di sisi undang² dan berhak mendapatkan perlindungan

b)tidak boleh ada perbezaan terhadap warganegara semata² kerana perbezaan agama,kaum,etnik,tempat lahir dan warna kulit.

Ini adalah bercanggah sama sekali dgn Perlembagaan yg digubal, maka “Ketuanan Melayu” tidak sama sekali mempamirkan apa yg di catat di dalam perlembagaan.

Adakah ini yg di panggil ketelusan,intgeriti,keseragaman, di dalam undang²,mahupun perlembagaan yg di gubal sejak dari awal kemeredekaan,adakah ini hak yg sama rata, suatu hari nanti, masalah diversiti yg ada ini, bakal tidak di tampung dek undang² yg rapuh ini,hasil ciptaan kerajaan yg hanya berfikir sekadar melepaskan diri sendiri.

Sekian terima kasih.saya mohon untuk terus membangkang.salam perpaduan saya ucapkan

p/s : minta maaf di atas kesalahan ejaan.ini teks tuk kegunaan saya sendiri.ini la teks yg mendapatkan kemenangan tempoh hari :D

2 comments:

Unknown said...

syg u own :)

Anonymous said...

salam.mohon jsa baik qayyum utk kasi cth teks debat yg lain..
syazanawafa@yahoo.com
thanks