should criminal identity exposed or not - part 2

jadi saya kembali dengan bahagian kedua artikel ini - adakah wajar wajah penjenyah di dedahkan kepada umum atau tidak.

sebelum saya soroti kejadian yang berlaku minggu ini di malaysia, saya rasa saya patut berkongsi satu artikel berbahasa ingeris di HRBRIEF.org ini. berkenaan satu kes pembunuhan di korea selatan. seorang gadis mati di bunuh, di bungkus kepala dengan beg plastik hitam dengan kesan kalsium karbon dioksida, di percayai di rogol sebelum di bunuh kejam. suspek utama telah di kenal pasti sebagai Kim Kil-tae setelah sampel DNA telah di dapati daripada baju sejuk yang di tinggalkan berhampiran di tempat kejadian.

Kil-tae menyembunyikan gadis itu selama 15 hari dan kemudian di tangkap setelah 4 hari gadis itu mati. pada awalnya dia menafikan perbuatannya dan kemudiannya mengaku terlibat. kemarahan orang ramai memuncak apabila polis menyiarkan wajah si penjenayah di media massa tetapi sebilangan yang menentang kerana ia bertentangan dengan undang-undang korea dan undang-undang polis di sana.

jadi di sini berlaku pertembungan etika, emosi dan undang-undang. sebenarnya saya sudah habis kata-kata untuk menerangkan reaksi berantai antara etika, emosi, undang-undang dan hak. jadi biarlah saya menerangkan dalam bentuk point form. lebih mudah barang kali?

oh ya. sila habiskan membaca artikel tersebut di website tu. saya malas nak review lebih. banyak lagi benda yang perlu di tulis.

dari segi undang-undang, telah termaktub bahawa setiap orang berhak mendapatkan perlindungan sebelum undang-undang menjatuhkan hukuman kepadanya. tapi dari saya rasa sebagai seorang rakyat, berhak tau apa yang terjadi dan siapa yang terlibat, selain itu, saya berpendapat bahawa dengan menyiarkan wajah dan hukuman selain daripada memupuk pengajaran di dalam setiap sanubari rakyat yang tinggal di negara ini. biar jadi ingatan hitam bagi semua supaya tidak ada lagi yang akan melakukan jenayah kejam sebegini.

kes ini menjadi rumit apabila, dan sekiranya, yang tertuduh tu di dapati tak bersalah, sama ada tak cukup bukti ataupun sememangnya dia tak melakukan jenayah itu. ia akan meninggalkan kesan bukan sahaja kepada si tertuduh, malah keluarganya, rakan-rakannya, masa hadapannya. persepsi manusia sukar berubah. mereka percaya apa yang mereka ingin percaya. untuk mengubah persepsi manusia, ia mungkin akan mengambil masa berjuta tahun.

sebab itu topik ini adalah satu topik yang agak subjektif. manusia. di kurniakan akal fikiran. sentiasa bersifat belonging to a group or community they live in. apa saja yang mereka fikirkan, sebagai individu, sebagai satu pergerakkan, satu komuniti, mereka akan berkongsi buah fikiran. jadi, sukar untuk mengubah persepsi dan pandangan mereka terhadap sesuatu isu. hanya minda yang berkelas tinggi, dan berfikiran self-centralization yang dapat mengubah jenis fikiran ini untuk tidak berfikir secara berpandukan jenis kaum, jenis warna kulit, jenis pengangan dan lain2. bagi saya, apa yang dapat menyatukan semua ini adalah pegangan agama dan perlaksanaan hukum-hukumnya. lihat apa yang terjadi di madinah semasa di bawah pemerintahan rasullullah. setiap orang islam tertakluk kepada piagam madinah dan undang-undang nya manakala yang bukan islam akan di kenakan hukuman setimpal.

selain daripada ini, sekiranya wajah pesalah di siarkan, mungkin pula akan wujud puak ekstrimis atau vigilante yang kononnya mahu menegakkan keadilan oleh kerana ketidak adilan sistem yang sedia ada. perkara ini serius. mereka adalah ekstrimis, saya juga bersikap begini kadang kala. saya bersikap jugdemental. semudah bermain bola. ambil contoh sekiranya kawan anda di tolak sehingga jatuh, saya tidak akan teragak-agak untuk membalasnya. tak kiralah siapa, sama ada rakan sepasukkan ataupun siapa yang menolak rakan saya sebentar tadi. vigilante ataupun pemburu keadilan membahayakan nyawa pesalah dan mereka yang ada kaitan secara tidak lansung dengan penjenayah seperti ahli keluarga dan rakan. bagaikan virus, kebencian merebak. seperti kongsi gelap, tak dapat pukul kamu, pukul adik kamu juga boleh, asalkan mesej dendam itu sampai dan terbalas sehingga salah seorang dari kamu mati.

jadi pada saya, perlaksanaan ini adalah sebenarnya etika vs undang-undang vs hak asasi manusia vs emosi. sangat berat dan subjektif.

dan bagi kes adik dirang. al-fatihah untuk kamu, ternyata mereka yang memperlakukan kamu sebegitu rupa adalah binatang, dan tak layak di bicarakan sekali pun. hanya hukum tuhan layak membalasnya. bunuh balas bunuh. saya harap agar muka binatang-binatang ni di siarkan di media massa, biar malu, biar jadi pengajaran, biar jadi ingatan, biar jadi kenang-kenangan. biar semua tahu, balasan di dunia sedia menanti, dan jangan juga lupa balasan di akhirat kelak.

jadi saya akan simpulkan artikel ini dengan - sekiranya ia terjadi kepada anda mahupun sesiapa yang anda kenali, apakah reaksi anda, dan apakah yang anda akan lakukan.

rujukkan :

http://hrbrief.org/2010/04/should-criminal-face-be-revealed/
http://www.debate.org/debates/should-we-reveal-heavy-criminals-face-to-mass-media/1/
http://in.answers.yahoo.com/question/index?qid=20090711212850AAzAoH1
https://www.rienner.com/uploads/47d9507ee3854.pdf

0 comments: