1000th

I.

genap 7 hari lagi sebulan saya hidup terumbang ambing tanpa hala tuju dan arah hidup sebagai seorang lelaki. dulu tiap kalinya bangun pagi, terbuku di hati untuk menabur bakti dan jasa pada setiap huni. tapi seringkali kini, saya takut untuk bangun pagi. di belenggu rasa takut. ketiadaan matlamat hidup, ketiadaan sesuatu untuk saya percaya dan juangkan, dan ada kalanya terfikir, mungkin ini tanda henti. apalah guna seorang satria tanpa pedang? apa guna jadi pemuisi pujangga kalau tidak punya deria?

II.

saya tak pernah minta sesiapa pun faham. saya meninggalkan jawatan saya bukan sebab saya sengaja. ataupun suka-suka. tak perlu cari salah saya. sebab orang yang betul-betul kenal saya, faham mcmmana cara dan etika saya bekerja. saya tak perlukan ungkapan-ungkapan seperti "bodoh orang dah bagi peluang kerja, kerja elok2, bodoh kalau berhenti kerja dgn telekom dan sebagainya". cerita sebenarnya oleh kerana perihal kekotoran politik kerja dan juga karenah birokrasi, saya rasa, sampai sini sajalah saya memerah keringat saya yang terbatas ini.

III.

balik rumah juga bukan lagi satu pilihan buat saya. masing-masing seperti orang asing. keluar pagi, balik malam. angkat tangan menyapa. kadang2 muncul juga, bertekak mengenai perihal bill yang tak pernah di bayar. siapa bayar, bila. kadang-kadang mengaku bayar. tapi alhamdulillah. masih belum pernah lagi di berhentikan perkhidmatan asas. masih ada insan yang membayar. makan pakai saya? kalau ada saya makanlah. kalau tiada, pandai-pandailah saya. dah besarkan. tak perlu risau.

IV.

terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang saya gelar, kawan-kawan. sahabat. brothers. mereka tahu, mereka faham keadaan yang saya hadapi. ada juga di antara mereka yang sanggup datang bertandang ke rumah ini, cuba membawa angin perubahan pada emosi saya yang kadang kala tak menentu. heret saya keluar hidup udara segar. alihkan segala kusut usai dalam kepala. terkadang pernah juga berharap. bagusnya kalau dapat ibu bapa yang memahami dan boleh layan anak-anak mereka sebagai kawan. tapi saya tak salahkan mereka. oleh kerana sering kali di pinggir mereka sejak usia muda, saya pandai berdikari dan mudah bawa diri sekiranya di campak ke mana sahaja.

V.

sukar kini untuk lelapkan mata. dek otak berputar asik berfikir. tentang penerimaan. tentang penyesalan. tentang masa depan. tentang kita. lepas penat berfikir, di panjatkan doa meminta yang esa murahkan rezeki diri, rezeki keluarga, rezeki kawan-kawan. tak juga lupa doa untuk minta panjang umur, minta di bukakan hati kedua ibu bapa saya untuk menerima dan memahami diri dan keputusan saya selama ini. saya faham. ibu bapa sentiasa mahukan anak-anak mereka untuk berjaya dalam hidup mereka. dan tak mahu anak-anak mereka ikut jejak langkah mereka menjalani perit perih kehidupan. saya mengerti segala bebelan, segala herdik dan caci maki mereka, atas sebab sayangkan kita.

VI.

buat peneman setia diri, saya mohon maaf, sekiranya diri ini banyak melukai kamu selama mana kita berkenalan dan bersama selama ini. pinta saya, sabarlah dengan saya, tunjuk saya mana salah dan silap saya pada kamu. yang pasti, saat-saat sukar begini, hanya kamu yang saya punya, untuk saya ceritakan segala perit perih saya.  dengar, hanya dengar saja kelukaan seorang lelaki hampa ini. jatuh bangun dia. cukup sekadar kamu mendengar.


VII.

kadang kala terlintas juga untuk berhenti. berharap. berdoa. berusaha. tapi saya akui. jalan hidup masih panjang. dan di sini bukan tempat berhenti. datanglah apa saja. saya tahu saya takkan berhenti di sini. entah kenapa rasa terpanggil untuk menulis sebegini panjang. orang kata, "let go". dah "let go" pun beberapa kali. tapi entah kenapa, makin lama, rasa makin tebal dan membuku di hati. makin lepas makin menyimpan, memendam rasa. tidak punya daya lagi mengharap apa-apa. selain yang maha esa kurniakan ketenangan dalam jiwa.


saya harap yang baik-baik saja. semoga ianya baik-baik sahaja.

0 comments: