Sepanjang minggu lepas dan minggu ni,saya banyak menghabiskan masa mengenali diri sendiri.Semakin saya mendalami diri sendiri,semakin banyak yang saya tak kenal dan tak tahu pasal diri saya.Selama ini,saya fikir bahawa saya memahami diri dan mengenali diri ini,tetapi sebenarnya,segala pemahaman diri sendiri adalah sesuatu yang kita reka.Dan personaliti yang kita reka itu,tidaklah mempamirkan diri anda sendiri.
Saya berfikir selama beberapa hari,bagaimanakah caranya untuk memahami diri sendiri sebelum memahami org lain ataupun untuk org lain memahami kita.Tiada satu jawapan pun yg bermain difikiran.Semakin difikir,semakin saya LOST,dalam diri sendiri.Tapi,saya tidak akan berhenti mencari dan mengenali diri sendiri.Itu JANJI saya.
Anda pula bagaimana,anda pasti anda kenal siapa diri anda?
sekian,terima kasut.
insan yg sesat.
Sejauh mana kita mengenali diri sendiri.
Friday, June 27, 2008 | Posted by Qayyum Abdul Razak at 1:30 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment