Tahukah Anda?

1.Tahukah anda bahawa saya makan kurma semalam,kurma pertama di dalam hidup saya.Yang saya boleh habiskan.


2.Tahukah anda,saya boleh mengikat rambut saya dan membuat dua tocang di kiri dan kanan.

3.Tahukah anda,saya tidak gemar menjadi ketua atau mengetuai apa-apa atau sebarang jenis program ataupun kumpulan,tetapi ia gemar memilih saya.

4.Tahukah anda bahawa jika anda tidak pernah di maki, di marah,atau pun di herdik oleh saya kerana saya masih bersikap bermuka-muka dan hipokrit.Jika di lakukan, pasti anda tidak mahu menjadi kawan saya.

5.Tahukah anda saya masih menyimpan sesalan masa dahulu dan bermimpi ngeri tentangnya setiap hari sejak dua minggu lepas dan dia sangat mengganggu fikiran saya.

6.Tahukah anda bahawa saya mahu "PUNCHING BEG" sebagai hadiah hari jadi saya tahun ini?

7.Tahukah anda bahawa saya juga punyai masalah sendiri? Bukan menjadi bahu dan sandaran anda semua untuk melepaskan segala-gala? Muka ini telah menipu kalian banyak kali dengan memberikan "senyuman manis" yang jahat lagi sinis.

8.Tahukah anda saya yang benci kepada mereka yg tidak "text" semula kepada saya.

9.Tahukah kenapa saya amat handal dan hebat ketika bermain "video games"? Ini kerana saya tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya, serta di abaikan kerna adik-beradik lain.Lalu saya membuang masa dengan menipu ibu bapa sendiri untuk pergi ke cyber cafe.Dan sejak dari situ, karier bermain video game saya secara professional bermula.

10.Tahukah anda saya sangat penat? Mata rasa nak terkeluar, tulang rasa nak pecah, kaki rasa nak tercabut. Tapi saya kena sambung projek yang seterusnya.Sekian.Selamat malam.

0 comments: