Ok. Kita mulakan perbincangan. Setelah melakukan pemerhatian, aku dapat mengkategori penyokong bola sepak kepada beberapa kumpulan. Kepada yang bukan peminat bola sepak pun, anda digalakkan membacanya.
1. DIE HARD FANS
Yang ni boleh dikategorikan sebagai peminat sejati kepada pasukan yang disokongnya. Tanyalah apa sahaja pasal kelab kesayangan mereka, siapa penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam kelab, bila pasukan ditubuhkan, siapa yang membuat penampilan terbanyak dalam kelab, apa kedudukan kelab dalam liga semasa musim 1910-1911, semua boleh dijawab dengan tenang.
Bagi yang berada, mungkin mereka telah pun menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi didepan mata sendiri, iaitu mereka telah terbang keluar negara dan menonton pasukan mereka beraksi di stadium mereka, bukan setakat di Astro sahaja.
Dan janganlah kutuk pasukan kegemaran mereka ni di depan mereka, nescaya akan memulakan pergaduhan mulut serta merta.
2. PEMINAT BEREMOSI & SAMSENG
Mereka juga peminat setia (mungkin) tetapi mereka juga meletakkan emosi ditempat kedua selepas pasukan kegemaran mereka.
Bila mereka pasukan mereka menang, mereka akan bersuka-ria sampai tak ingat dunia. Tapi kalau kalah..... Habislah orang disekelilingnya. Boleh jadi semua kena marah. Mahu dibakar kereta di luar stadium... Macam penyokong pasukan Kelantan hari tu.... Hehehe...
Kalau penyokong jenis ini duduk di England, mereka di gelar sebagai Hooligan.
3. PEMINAT BOLA DAN JUDI
Setiap kali pasukan kegemaran mereka bermain, mereka akan bertaruh. Bet la kata orang muda-muda. Dan kalau menang, akan dipujanya pasukan kegemaran itu. Kalau kalah... Boleh dibakar jersi pasukan tersebut.
Pernah sekali aku nampak seorang melayu dan cina bet untuk satu perlawanan bola sepak. Benda dalam pertaruhan, kereta mereka. Akhirnya si Melayu yang menang. Bila kami semua usha kereta apa yang Melayu tu menang... Boleh tahan. Honda Civic beb...
Tapi keraguan ada pada peminat ini. Adakan mereka betul-betul minat kelab yang di letakkan pertaruhan itu atau adakan dia betul-betul minat bola sepak?
4. PEMINAT BIASA-BIASA
Peminat yang paling rilek sahaja. Dia tidak kisah kalau pasukannya menang atau kalah, dia tidak kisah kalau kawan-kawannya mengutuknya kerana pasukan yang disokong kalah. Baginya, bola sepak hanya permainan.
Dia juga tidak akan mengutuk kawan lain jika pasukan kawannya kalah. Dia juga tidak akan bermegah dan hantar SMS kepada semua kawannya jika pasukan yang dia sokong berjaya memenangi liga atau piala.
Amat cool. Cold as ice.
5. PEMINAT PADA NAMA SAHAJA
Contoh: Ali berkata pada kawannya, "Aku penyokong Arsenal." Tetapi Ali amat jarang melihat pasukan mereka itu beraksi. Dalam setahun, ada la 5-6 kali sahaja dia tengok, itupun belum tentu sampai habis. Lebih sedih lagi bila dia sendiri tak kenal siapa nama pemain yang bermain dalam kelab kesukaannya itu. Adalah juga kawan aku dalam kategori ini sebenarnya.
Peminat jenis ini wujud kerana mungkin kawan-kawan serumahnya semua minat bola sepak dan tidak mahu ditinggalkan seorang diri di rumah apabila kawan-kawan semua pergi ke kedai mamak untuk menonton bola.
6. PEMINAT SATU PASUKAN SAHAJA a.k.a. PEMINAT BODOH SOMBONG
Mereka peminat pada satu pasukan dan hanya menonton siaran langsung apabila pasukan kegemarannya sahaja yang bermain.
Contoh: Abu ialah penyokong Manchester United (MU). Dia hanya menonton siaran langsung Pasukan MU sahaja. Jadi bila dia terbaca di akhbar atau majalah pasal pasukan lain, dia akan kata begini: "Siapa Gerrard yang main kat Liverpool ni bagus sangat ke? Kalau dia bagus nape tak main kat MU sebab pemain MU kat semua bagus-bagus?" Atau ayat macam ini, "Sape Lampard ni? Bagus sangat ke dia main midfield ni? Ada sebagus Daren Fletcher ke?"
Jangan ingat tak de ya jenis yang macam ni. Memang wujud. Malahan, ayat yang aku gunakan sebagai contoh itu ialah ayat yang aku dengar sendiri yang dicakap oleh peminat jenis ini. Bukan ayat rekaan.
Penyokong jenis ini juga amat tidak boleh menerima kenyataan jika pasukan mereka kalah. Bagi mereka, pasukan mereka bagus dan kuat dan mustahil boleh kalah. kalau kalah pun mesti pasukan lawan main tipu atau pengadil berat sebelah. Mereka tidak boleh terima ayat ini dari kawan mereka, "team kegemaran kau main teruk la hari ni.."
Hellooo.... Mana ada pasukan yang tak pernah kalah dalam dunia dan mana ada pemain yang boleh main cemerlang dalam semua perlawanan yang dia main. Face the fact my friend and open up your mind.
7. PEMINAT PEMAIN HANDSOME
(Kategori khas untuk perempuan... dan golongan "adik-adik"... hehehe..)
Ramai perempuan kata yang kata dia handsome atau cute atau kedua-duanya sekali. Kalau mahu tengok gambar dia dalam pose yang lebih menarik, sila google sendiri.
22 orang belari dalam padang (tak campur pengadil) mata mereka hanya tertumpu pada seorang pemain sahaja... Pemain yang handsome. Pernah jadi situasi begini...
Aku tengah duduk, menantikan perlawanan Liverpool yang akan bermula sekejap sahaja lagi. Seorang wanita datang ke arah aku.
Wanita: Liverpool main eh?
Aku: Yup.
Wanita: Yeah... Nak tengok.
Wanita itu duduk. Senarai pemain yang akan bermain malam itu keluar. Tiada nama Xabi Alonso.
Wanita: Alonso tak main ke?
Aku: Tak. Dia injured.
Wanita: Tak nak tengok la.. (terus bangun)...
Ok. Satu contoh sahaja tak menarik. Bagi satu lagi.
Wanita: Semalam MU main eh? Menang berape eh?
Aku: 3-0
Wanita: Beckham score berapa?
Aku: Tak score pun..
Wanita: Tak kan la dia tak score
Aku: Dia main wing kanan, bukan striker. Tugas Beckham hantar bola pada striker untuk striker score.
Wanita: Ah!!! Kau tipu. Aku tau kau jealous sebab Beckham tu handsome dan pujaan ramai perempuan kan...??? (terus blah)
Siot. Aku cakap benda betul dan kenyataan sebenar bola sepak, aku pulak kena tuduh jealous. Geram juga melayan kerenah perempuan macam ni. Mereka akan menjerit setiap kali pemain handsome mereka menyentuh bola dan marah apabila pemain handsome mereka kena tackle dan berkata, "orang ni saja je tackle Alonso... Tau la muka tak Handsome, dengki kat Alonso yang cute tu....."
Adoi... Tolong la jangan buat benda macam ni pada bola sepak. Buat la pada Akademi Fantasia sahaja.
Tapi aku respect peminat perempuan yang berada dalam kategori di bawah ini.
8. PEMINAT BOLA SEPAK DARI JANTINA PEREMPUAN YANG SEJATI
Golongan ini bukan menonton bola sepak kerana pemain handsome tetapi kerana permainan itu sendiri. Aku pernah jumpa seorang sahaja perempuan setakat ini iaitu awek kawan aku. Tapi dia cakap semua adik beradik perempuan dia minat bola macam dia. So, ada lebih dari satu la dekat Malaysia ni (jangan kira di England).
Awek kawan aku ni penyokong team yang lain dari kawan aku. Awek sokong Liverpool, kawan aku sokong Arsenal. Mereka akan menonton perlawanan bola sepak sama-sama. Awek ni bukan setakat tengok, malah kenal pasukan lain dan pemain yang bermain di pasukan lain. Awek ni lagi bagus dari sampah dalam kategori no. 6.
Awek ini juga tahu peraturan bola sepak lebih dari sesetengah kawan lelaki aku. Dia juga arif dalam taktik dan susunan formasi dalam bola. Hebat gila pompuan ni.
Malah, awek ini juga main game bola sepak. Bukan game Fifa atau winning eleven di PS2 sebab game tu budak umur 6 tahun yang selalu bertenggek dekat CC main Counter Strike pun boleh main. Tapi game taktikal bola sepak macam Championship Manager, Fotball Manger, Fifa Manger, Fantasy Manager...
Kalau la aku dapat awek macam ni.... huhu... Eh? Dia ada adik kan?
9. HANYA PEMAKAI JERSI ATAU T-SHIRT YANG MEMPUNYAI LAMBANG PASUKAN BOLA SEPAK
Biasanya perempuan juga. Contoh: Si balak peminat pasukan Chelsea, jadi si balak hadiahkan aweknya jersi atau t-shirt yang mempunyai lambang Chelsea.
Si awek perlu memakai baju tersebut bila diarahkan oleh si balak (biasanya bila pasukan si balak sokong menang malam semalam).
Mereka ni kira dalam golongan peminat bola sebenarnya. Tapi mereka ni awek yang setia. Tahniah kerana menjadi awek yang setia.
10. BUKAN PEMINAT BOLA SEPAK
Golongan ini bukan peminat bola sepak. Mereka tidak kisah tentang bola sepak, siapa yang akan menang Piala Dunia, siapa pengurus musim depan untuk Real Madrid atau Chelsea, adakah Tevez akan meninggalkan MU, dan lain-lain.
Aku tak kisah dengan penyokong jenis ini... Tapi aku benci orang dalam kategori di bawah.
11. BUKAN PEMINAT BOLA SEPAK DAN PEMBENCI BOLA SEPAK + BODOH MACAM KERBAU
Mereka ni dah la tidak meminati bola sepak. Lepas tu siap kutuk. Kenapa aku kata mereka bodoh macam kerbau? Sebab aku pernah dengar mereka mengeluarkan ayat ini:
"Apa la bodoh ramai-ramai kejar sebijik bola. cuba bagi bola tu sorang satu, tak payah nak kejar-kejar lagi. Bodoh betul la bola sepak ni.."
Hellooo!!! Siapa yang bodoh ni? Kalau sorang satu dah ada sebiji bola, macam mana nak main? Bola dah penuh dalam padang, nak main macam mana? Penjaga gol bukan nak bola, kerja dia nak menepis bola. Siapa yang bodoh sebenarnya ni?
Ada lagi yang lebih menarik. Masa tu 3-4 tahun lepas, masa tu kapten Liverpool, Steven Gerrard, meminta kenaikan gaji. dan si bodoh ni hanya membaca tajuk berita sahaja, tapi tak baca butiran berita tersebut. Lalu si bodoh ini berkata:
"Ha... Tu la... Main bola je. Gaji kecik, tak boleh tanggung anak bini. Main bola ni membazir je. Bodoh semua pemain bola ni. Kerja yang tak menguntungkan. Sebab tu aku tak minat nak tengok permainan yang bodoh macam bola sepak ni."
Walhal pada masa itu, gaji Gerrard ialah Pound Sterling 80,000 seminggu dan dia meminta kenaikan menjadi Pound Sterling 100,000 seminggu. Sekarang gaji dia Pound Sterling 125,000 seminggu. Siapa yang bodoh ni? Kalau tak tau, jangan suka-suka nak cakap ye?
Ok maaf. Emo sikit...
Ok, kamu ada di kategori mana?