fundamental of parenting and parenthood 331

artikel bangang dan emosi aku ini adalah dalam bahasa melayu.kalau aku tulis english nanti hyomin tak faham lak.haha.baiklah aku akan mula menulis dengan serius.


aku anak 2nd dalam family.lelaki sulung.nak di jadikan cerita,time aku umur 5-12 time ni la bapak aku layan aku macam putera raja.pegi sekolah dia hantar.balik sekolah dia amik.apa je kehendak aku dia bagi.

tapi bila aku start masuk sekolah menengah.bapak aku berubah.bapak aku mula fokus kepada dua org adik lelaki aku yg lain.tapi waktu tu aku tak mengerti.tak apalah.seterusnya waktu tingkatan 3 aku dah mula di layan seperti org asing dalam keluarga.

bapak aku selalu paksa aku belajar.kalau tak belajar kena belasah.kena pulak time tu rumah aku baru ada computer bodoh2 zaman 2002,keje aku bantai main game.pantang nampak aku sentuh computer,pasti aku kena belasah..padahal aku bukan lah mcm budak2 zaman sekarang..seawal darjah 6 dah merokok..dah pandai rempit..keluar malam semua..aku waktu tu budak skema..keje aku pegi skolah balik sekolah duduk rumah main game buat kerja sekolah..

bila PMR, aku score 7A 1B,bapak aku marah aku sbb BM aku teruk dapat B.dia marah aku gila2 sampai aku nangis.dia kondem aku bertalu2.bodoh kata dia aku ni.keje main game.badan gemuk.sejak itu aku mula terasa.bapak aku dah semakin jauh dengan diri aku.

sejak dari tu aku mula buat hal sendiri.mula2 main computer curi2.lepas tu aku mula duduk sendiri dalam bilik.tak keluar langsung pun tgk tv kat luar.kalau tgk pun bila bapak aku pegi surau tuk semayang magrib.or dia keluar pegi beli barang rumah dgn mak aku.time tu je aku tgk tv.kalau tak pantang aku bukak tv mesti kena.

"haaalah asyik tgk tv je bukan nak belajar"
"keje mau main game.buang masa"
"badan dah la gemuk"

ha ni la dia antara benda yg keluar dari mulut dia sejak saat itu dan aku mula rasa duduk rumah ni mcm mengarut.tak aman.tapi bapak aku tak penah tau.aku study kot.walaupun study tak semacam mana dia harapkan aku study 24 jam sehari.abah,org ni bukannya robot.

tapi nasib menyebelahi aku waktu tu.sekolah aku selalu jugak buat kelas petang untuk pelajar lemah.tapi aku gunakan peluang ni tuk tak balik rumah lepas sekolah.aku lepak cc dengan kawan2.belajar main game.counter strike,gunbound.dapat la jugak release stress.and at least aku tak isap rokok,jadi bohjan lepak summit baru pahat tu buang masa ntah hapa2 kacau anak dara org.lepas tu kena tangkap.nasib tau bah anak abah ni nerd.walaupun badan gemuk tapi suka main game.belajar tak lah bodoh mana.top 15 dalam class walaupun dalam class sains 2.tak macam anak bongsu abah.lokman.pandai.genius.upsr 5A, pmr pun 8A, ni nak spm pon mesti 10/11A punya.

menjelang aku tingkatan 5,aku dah tak cakap lagi dgn bapak aku.hanya aku dengar keluhan dia terhadap diri aku ni.dia tak penah sedar yg aku ni penat study,kadang2 stress.tapi takpa time tu aku tak berapa nak matang sangat.jadi aku teruskan dengan kegiatan aku pegi cc lepas habis sekolah.balik rumah petang puku; 6.30 lepas tu aku lepak bilik je dengar radio sambil selak2 notes.

bapak aku tak penah bagi aku moral support.yg dia tau marah2.kalau aku tak g tusen ke tak study ke,kalau aku tak berambus masuk bilik sure aku kena belasah.tak mcm bapak2 org lain,semua member2 time tu dapat motor,dapat lesen.ada yg advance dapat kete.bapak aku ni nak di cakap org senang takla senang sangat.tapi boleh la afford kalau nak belikan aku moto/kete waktu tu.and bapak aku tak penah reward aku apa-apa pun kalau aku excel dalam skolah ke apa.

bila spm, result aku tak lah bright mana.nak cakap teruk tu tak.lepas la apply uni mana.time ni lagi teruk aku kena.bertalu2 sampaikan rasa duduk rumah ni dah mcm haram jadah.aku rebel time ni.aku keje parttime kat cybercafe member aku.dapat la larikan diri dari tgk muka bapak aku yg hampa dengan aku yg gemuk lagi memalukan dirinya ini.

then setelah beberapa bulan aku dapat tawaran uni.tak mcm org lain.aku pegi register masuk uni seorang diri.tanpa berteman.org lain datang dgn family,kalau boleh seluruh keluarga nak turun termasuk atuk nenek.aku tak.seawal 17 aku turun kl,cari jalan sendiri pegi masuk uni.takda sapa hantar.takda sapa jenguk aku dalam bilik.time balik cuti sem pun sama.aku sendirian.merantau balik naik bas.

time dalam uni,aku rasa dalam satu sem tu ada la satu call dari family aku.mak aku.tu pon tanya pasal aku dah dapat scholar ke blum sbb dia nak pinjam sikit.tak pernah aku di ajukan soalan seperti :

"kau dah makan yum?"
"sihat ke tak?"
"macam mana study?"
"kena buli tak kat sana?"
"ada jumpa sedara mara tak?"
"duit cukup tak?"
"tak rindu kat rumah ke?"

bila balik rumah cuti sem, lepas exam,slip result sampai rumah.yang kedengaran hanyalah caci maki dan keji hinaan sbb aku tak dean list.tapi takpe.aku ni dah biasa kot mcm tu.hati aku kering.keras.aku tabah.kuat pun ye.

sampaila aku convo/grad.baru bapak aku muncul tuk jenguk aku kat uni.tu pon dia bebel2.sbb kena heret dgn mak aku datang.dia bising susah dapat parking la.panas la.lama tunggu la.lepas tu amik gambar family.aku nampak bapak aku nangis.lepas tu peluk aku.

ketika itu otak aku tak benti berfikir..

"kenapa kau peluk aku,kenapa kau nangis.setelah sekian lama kau buat hidup aku tersiksa,kau marah aku sana sini,kau tak penah nak bercakap dengan aku macam bapak dengan anak yg normal,kenapa hari ni baru kau nak tunjuk semua,aku tak harap pun kau datang convo aku,pun tak harap kau peluk aku mcm ni.."

kalau dia dengan adik2 aku yg lain boleh je berkomunikasi mcm org lain yg normal.tapi dengan aku tak.sekali tu jela time convo dia jadi normal dengan aku.tapi aku yg rasa tak normal.pada firsat aku,bapak aku dah gila. bila aku balik rumah.bapak aku start balik dengan persepsi lama dia pada aku.

aku duduk rumah kata dia aku ni membazir.tak sumbang apa2.tak lepas dari mulut dia dengan hinaan dia malu ajak aku keluar minum dgn kenalkan kat kawan2 dia sbb aku gemuk.

tujuan aku tulis benda ni bukan apa.aku takut perasaan seorang anak ini akan hilang.atuk aku baru meninggal 3 minggu lepas.atuk aku dengan anak dia yg ke 5 pun ada konflik jugak.sampai anak dia yg number 5 tu bawa diri pegi sabah serawak dgn brunei dekat 30 tahun lebih.sampaikan atuk aku meninggal pun dia datang 2 hari lepas tu.tak datang tahlil langsung.datang semata2 melawat org lain.kubur pun dia jenguk dari jauh.

aku sedar perkara ini.aku taknak jadi mcm tu.aku taknak membenci bapak aku sendiri.aku taknak bila dia dah tua,aku di belenggu perasaan dendam terhadap apa yg dia dah buat dgn childhood aku.aku nak dia acknowledge aku sebagai anak dia.aku nak dia terima aku sebagai anak dia.dan boleh bercakap dengan normal.aku boleh faham perasaan dia.tapi kenapa dia tak pernah cuba untuk faham perasaan aku.

abah,org dah jadi org yang abah nak.dah graduate,keje pun ada.tapi kenapa abah tak penah nak cuba tuk berbaik dgn org pun.org bukan tak nak,dah penah cuba,tapi abah tak penah nak faham.

sampai bila nak macam ni..
dan di hati kecil aku berharap.

agar abah aku or sapa2 dalam family aku dapat baca apa yg aku tulis ni.dan mengerti,perasaan aku ni.walaupun abah tak penah reward aku pape.abah tak penah puji aku apa2.walaupun abah selalu lukakan hati aku.aku nak abah tau.aku tak benci abah.

ja~ne

3 comments:

Anonymous said...

sedih :( . kite pn cm tu . p kte bdoh aw . xpnh pat A byk lau at skolh , salu nyusah kn mak ayh . :'(

Anonymous said...

sedih :( . kite pn cm tu . p kte bdoh aw . xpnh pat A byk lau at skolh , salu nyusah kn mak ayh . :'(

qayyum said...

relax.
bodoh tak bererti takkan/tak boleh berjaya

kita telan je apa yg kita kena lemparkan.

tapi jgn lupa berusaha