Hati. Mati. Sakti

Hati itu sangat rapuh. Silap cara boleh bercerai dari badan. Hati itu bukan saja fizikal, tetapi juga halus. Hati adalah tempat perasaan kita bernaung. Hati mempengaruhi pilihan kita. Baik atau buruk. Pengaruhnya kuat. Orang tua kata ikut kata hati boleh mati. Sebab itu bila bercakap soal hati, kena berwaspada... kerana ia merbahaya.

Kita ada berapa hati? Cuma satu. Kalau kita dilukai, sakit nya kita rasa dihati. Aku tak tahu sebetulnya rasa sakit itu di mana, tetapi orang kata sakitnya rasa di hati. Jadi kalau hati sentiasa terluka dan dilukai, lambat laun hati kita boleh rosak. Hati yang rosak boleh mengundang maut. Orang tua kata kalau hati sakit boleh mati. Sebab itu bila bercakap soal hati, kena berwaspada jangan sampai terluka... kerana ia merbahaya.

Hati adalah tempat hidupnya cinta, kasih dan sayang. Ia ditanam dalam hati. Kemudian berbenih dalam hati. Lalu berputik, bercambah, berbunga dan akhirnya mekar kembang di dalam hati. Cinta juga menjadi layu dan akhirnya gering di dalam hati. Tapi hati perlukan cinta, kasih dan sayang. Itu sumber kehidupan hati. Tanpanya hancurlah hati. Tiada penghidupan, tiada nafas dan tiada hangat. Orang tua kata tanpa cinta dalam hati boleh mati. Sebab itu bila bercakap soal hati, kena berwaspada... kerana ia merbahaya.

Aku juga ada hati. Semua orang ada hati. Dan biasanya aku takut nak berbicara tentang hati. Aku cuma takut akhirnya aku yang tersungkur kerana hati aku gagal berfungsi. Aku takut aku yang lemas tenggelam kerana hati aku hancur berkecai. Aku takut aku gagal melihat hari esok kerana hati aku akhirnya kosong tanpa cinta. Aku takut aku benci melihat matahari pagi kerana akhirnya hati aku tiada lagi. Jadi aku amat takut untuk bercakap soal hati.

Tetapi kebenarannya, hati aku terus sakit. Kerana walaupun aku tidak bercakap soal hati, tetapi aku tak pernah berhenti berfikir soal hati.

Hati aku? Tak perlu tanya..aku tidak punyai sesiapa bertakhta di dalamnya

2 comments:

Pink said...

statement last skaly tu, aku punya 'seseorang'. tp hati aku sdg tenat skarang. mujur masih ada cinta dari mak dan ayah. kau pun punya cinta itu :)

Qayyum Abdul Razak said...

aku takde dedua tu dee :)