11.37 pm. bertemankan secawan neskefer suku manis 3 in 1 dan sebuku roti cokelat mighty white. aku mencari makna samawi dan maknawi tentang SUNYI dan di temani lagu coffee over milk - hyomin, boram (seeya) n soyeon.
adakah sunyi itu hasil daripada tinggal sendirian lebih daripada 2 bulan?
sunyi sebab saban hari makan bersendirian pagi petang siang dan malam?
takde teman borak yang tinggal bersama mahupun teman borak sms?
seorang girlfriend di luar negara yang menipu diri anda yang tercari2 arah tujuan hidup manakala dia di sana hidup bergembira dengan kekasih baru dan dengan konstant nya menipu diri aku ni bulat2 kat sini sepertimana anida menipu herman di dalam PECAH?
keluar rumah seawal 7 pagi dan tidak pulang kerumah sehinggalah pukul 8 malam setiap hari termasuk sabtu dan ahad dan menonton tv setelah menyedari hakikat yang bahawa aku hanya ada 4 jam untuk diri sendiri setiap hari? tanpa di pedulikan oleh keluarga sendiri mahupun sesiapa
12.32 pm. aku tak mampu nak teruskan pertanyaan demi pertanyaan dalam kepala otak aku yang berkecamuk ini. nampaknya neskefe separuh manis 3 n 1 tidak berhasil
semoga manchester united mampos lagi malam ini sepertimana di mamposkan arsenal minggu lepas.
ja~
2 comments:
aku sokong MU kalah lagii...yeayy!
hahaha bagussssss
Post a Comment