berikut dinyatakan sebab-sebab kenapa kuih keria, adalah lebih best dari pavlova, dari pandangan seorang lelaki yang sedang marah dan anti golongan hijabsters serta hipsters dan sebagainya.
1. kuih keria adalah amat sesuai di makan tak kira masa. sepertinya sarapan pagi, snek lewat malam mahupun minum petang. dan paling sesuai di gayakan atau furnishkan dengan secawan teh vanilla.
berbanding pavlova yang mahukan secawan kopi mahal, serta mahu di corakkan buihnya. euwhhh
2. kuih keria adalah kuih yang 100% di buat menggunakan tangan. rahsia kenapa ianya sedap?
-kasih sayang dan seni tangan membuat kuih itu sendiri membuatkan ia sangat sedap, lembut, dan tenang bila di makan.
3. kuih keria juga merupakan kuih untuk mengeratkan kasih sayang. ramai anak gadis pada masa kini yang tak berapa pandai nak buat kuih, kalau nak unlock teknik-teknik buat kuih keria ni, mereka kenalah bonding dgn mak.
tgk pavlova. mak aku sendiri pon tak berkenan kuih yahudi ni, puih.
4. kuih keria adalah kuih yang sihat. kerna ia di perbuat 100% daripada keledek manis. orang dulu2 zaman jepun survive guna ubi dgn keledek je.
pavlova? putih telur. penggunaan protein berlebihan tu. membazir buah juga.
5. tahukah anda pavlova bukan pilihan ketika berlansungnya majlis tahlil? kuih seperti karipap, keria, bingka ubi, kuih bakar sering kali duduk di tangga teratas dalam pemilihan kuih.
mana ada orang hidang pavlova, red velvet, ke cheese kek time majlis mcm ni natang. jgn nak urban sangatlah.
6. kerna kuih keria itu sendiri adalah sedap ketika di hidang panas, ataupun sejuk. seni menguli tepung, mix and match dia, komposisi berapa % tepung berapa % keledek nak campur. sedap, lembut je bila kunyah.
ce try dgn pavlova. tak sejuk takleh, sejuk takleh, salah buah takleh. apa pon tak kenalah. puih
7. katalah ada error dalam proses buat keria ni, paling kuat dia hangus, over goreng.
risk-free berbanding pavlova. hancurlah, cair lah, basi lah, tak naik lah. like, whatever, duh
8. kuih keria adalah sangat mudah di dapati, tapi rare kalau nak jumpa yang panas2 dan sedap. lagipun tak perlu nak bergaduh dengna mertua nak makan kuih apa pepagi.
dah ada orang jual pavlova ke pepagi buta sekarang ni? MANA ADA!
9. kalau ada maskot cinta bagi kuih, bagi saya, layak di berikan pada kuih keria. secara tak lansung, lelaki yang nak pegi keje kalau dia tak sempat buat sarapan, dia akan beli je sarapan kat gerai2, amik nasi lemak sebungkus, kuih sikit. mana tau kalau makwe comel yg menjual? +1 dah kat situ
10. ultimately, kuih keria adalah kuih epik dan kuih warisan bagi umat melayu dan rakyat malaysia. ilmu buat kuih keria ni, bagi saya, kena ada di peringkat sekolah menengah bagi menjamin kemandirian spisis perempuan yang pandai buat kuih tradisional dan perlu di perturunkan dari generasi ke generasi, kalau kita yg tak mula jaga warisan ni, sapa lagi nak jaga?
sekian, terima kasut.
10 sebab kenapa kuih keria lagi best dari pavlova
Sunday, April 21, 2013 | Posted by Qayyum Abdul Razak at 5:15 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
suka point ke-5
benar sama sekali
Post a Comment