kepoh isu haram sekarang ni. kadang2 aku konfius. ni negara islam ke, rakyat islam ke, undang-undang yang islam. sebab..setakat bebas amalkan agama, tapi tidak undang-undang islam, takde lah islam mana pun negara tu.
kepoh shisha dah jatuh hukum haram. actually, bendaalah haram ni senang je. apa sahaja yang memudaratkan diri sendiri, orang lain, haram. rokok? haram. arak? haram. zina? haram. tak susah mana nak tau halal haram ni kalau takat sekolah harian. jadi rumit bila pegi sekolah ugama yang entah betul entah tidak, di iktiraf entah tidak.
jadi isu bila budak2 ni mulai menganut dan belajar ugama via facebook dan utube dari ustaz entah hape-hape entah. betul ke tidak ke, ada tulis dalam kitab suci ke tidak ke, dia main larung je, main bohhh je.
dah 2013. i think, malaysia mampu untuk buat research sendiri bekenaan bahayanya rokok, arak, shisha, ganja, berita tv3, utusan, etc etc. dan seterusnya kemukakan hasil research kepada rakyat. tanpa ada campur tangan pihak mana-mana. which is i think personally, impossible.
ternyata banyak lagi benda lain yang patut kena haram, tapi di nafikan hak itu. example mudah, facebook. banyak kacau bilau dari merapatkan sesama umat manusia, tak susah pun nak tgk hakikat ni. rokok secara teknikal ni di beri hukum "AMARAN" instead of haram. sebab, keputusan di beri secara mutlak atas manusia. dah di paparkan gambar itu dan ini, dah di cetak sebesar2 *besarlah sangat* kandungan kemikalnya, tapi masih berleluasa penjualanya. kenapa?
rokok kretek murah, automatik HARAM. kenapa? kalau rajin buat cross ref, nampak la kaitan antara dua tu. nak kata rokok kretek tu barang curi, tidak. benda tu cuma masuk illegally. and some people cannot generate profit. ganggu pasaran katanya. tak adil bagi budak2 shisha. direct haram. yang mana setakat ni aku rasa, takdelah haram mana, either memudaratkan mana. lain pula ceritanya dengan shisha gembira. rakyat perlu di buka matanya. perlu didedahkan dengan pelbagai jenis hakikat.
tak perlulah saya bangkitkan isu arak, rumah urut, rumah judi dan pelbagai. belom lagi kira "itu dan ini". halal haram ni, yang mana di luar jangkau manusia, tak payah lah nak jadi tuhan letak hukum. tgk jela sorang ustak tu. minuman anggur yang tak bersalah harang kata dia. sebab bla bla bla. tapi air tu tak mabok pun. takde pula jadi punca kanser ke apa. lepas tu minta maaf. ustak silak kata dia.
bebaru ni aku sajalah update status fb. mcm biasa, nak membakar. datang pula 2-3 sahabat bijak pandai paste link jakim and so on. pastu acah2 nak berdebat. malas aku melayan. nak aje aku keluar ayat "kalau tangan dan bibir masih tak lepas rokok, usah bicara isu halal haram dgn aku".
nanti kena kata poyos lak. malas. nak jaga hati kawan2. cukup lah kita sendiri tau apa yang salah apa yang betul.
p/s : makin hari aku makin hilang respek kat segelintir orang. yelah. ada yang baru dapat hidayah. ada yang acah2 nak troll, tapi hanyut, ada gak yang jenis takde pegangan, asal nampak benda islamik entah betul entah tidak, share je. yang penting sampaikan. defuq semua ni? facebook dah lebih kurang mcm arak, ibu segala dosa. ibu segala kebodohan semua ada dalam tu. tapi masih lagi ada yang nampak dan kata "facebook ni kalau tak di salah guna dan bla bla bla..." tetapi kenapa..tidak...rokok...
haram
Sunday, July 21, 2013 | Posted by Qayyum Abdul Razak at 4:53 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment