boleh jadi ini kali yang ke 9999 aku kata yang aku nak retire. tapi kali ini. aku serius. mcm 9998 kali yang lepas. aku jugak cakap yang aku serius kali ni. sebenarnya aku tak tau berapa serius kata aku untuk retire sebagaimana aku cakap dengan serius 9998 kali yg lepas. ok ini serius. like, dead serius.
sebenarnya. aku memang dah retire. i mean like, semi-retire. dalam 2 minggu dapat la 2-3 game. tu pon temankan paeh, steven, madi, rnd main public games. sometimes kena tapau. sometimes menapau. most of the time menapau la kan.
tapi itu bukan kenapa aku tulis warkah ini. aku nak menulis sesuatu yang aku rasa, aku dah kecewakan orang. aku bukan seorang cikgu, atau apa yang kau panggil sifu, tenaga pengajar, or babysitter yang baik. tak banyak benda aku dapat ajar pada kau. kau, dan juga kau. bukan sorang. tapi aku tulis ni untuk arep (crackerzx), steven (RazingNPH), rnd (metasymph.00) dan pizy (AJIN) sebenarnya aku tak tolong korang gain apa yang korang nak gain. korang sampai ke tahap situ dengan usaha diri kau sendiri, aku tak lock apa2 special traits pon dari korang. its all on u guys punya own effort.
aku juga nak mintak maaf pada rnd sbb tak penah nak bawak kau pegi draft game ke or apa2 game yang serius.aku tau kau kecewa sbb aku tak berikan kau peluang tuk kau main draft game. aku selalu suruh kau train benda2 bodoh, last hit, farm, belajar hide n gank thru fog. chase n kill sapa dulu time war. sepatutnya aku bawak kau, tapi aku selalu bagi alasan kau tak ready lagi. selalu kata kau kena belajar itu dan ini, kalau tak di beri peluang, mcm mana kau nak belajar kan? so aku totally blame diri aku tuk ini. sedikit sebanyak aku rasa bersalah, sbb tak berapa nak dedahkan kau. aku selalu suruh aku tgk replay tapi bila tiba praktikal, aku tak penah nak bagi kau peluang.
banyak lagi benda yang boleh aku blame diri sendiri. aku tak percaya pada kau, etc2. setakat ni aku percaya dgn steven sbb steven dah lama main dgn aku. di akhir2 kareer ni, aku nak enjoy each and every single game yang aku main. no regrets, aku dah decide, this is it. i want to end my legacy. i want to end it all. i want to seek forgiveness.
maaf, aku tak mampu dan tak boleh jadi seorang cikgu yang baik. contoh yang baik. idola yang baik.
pada anak2 buah yang lain, tak payah hormat aku sangat, tak payah nak idolize aku, tak bagus pun. aku bagus kerana korang ada, tanpa korang, aku ni siapa? tanpa Lanc.Inc, tanpa KCR, tanpa QB, tanpa XT, tanpa ksProxy, yum? adalah sorang key overrated fat fuck keyboard warrior. nothing more nothing less.
9999-sive. 9999-licious.
Tuesday, October 11, 2011 | Posted by Qayyum Abdul Razak at 12:45 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment