halal, haram, hijabsters, serbanitas, azhar idrus - the very big conclusion

aku tau aku dah terlambat sehari. hari ni dah 15. hari biasa. semalam 14. hari valentine. sebenarnya takde big issue pon. cuma date ni je special. semua orang bagi attention lebih. semua nak jadi ustaz. semua nak suruh orang masuk neraka. kenapa cuma hari ni je nak kecoh? kenapa hari ni je yang nak tangkap? kenapa hari ni je yang beriya masuk paper jadi issue n agenda PAS vs DAP. karpal vs tuan guru hadi awang?

agenda apa ni? kalau 14 feb nak berciom2 nak pegi dating nak bagi bunga ros haram hukumnya? hari lain? 14 may? 14 june? takpa? kelakar lah. kelakarnya.

foine. aku nak share something. berkenaan azhar idrus, berkenaan hijabsters, berkenaan serbanitas.biar aku ceritakan dari segi pemahaman aku.

pertama, siapa sebenarnya azhar idrus ni. dia ni sapa? apa qualifikasi dia? apa bagus sangat dia? kenapa fan-based dia ramai sangat? apa jasa dia dah buat kat dunia bani melayu ni?

pengamatan aku. terus terang aku cakap. ustaz PAS, jenis tolak hukum dunia. boleh kata ilmu agama dia tinggi, tapi malangnya ilmu dunia dia tolak ketepi. org macam dia lebih kepada ustaz selebriti. terkenal sbb video2 dia di upload masuk utube, perjuangan PAS, ah apa lagi? sebab dia berganding bahu dengan seleb yang mana kau suka jadi semua kata2 dia kau iyakan?

tengok maher zain. i was at the concert. sepatutnya la kan. ada ke konsert nashid, pempuan bertudung ala-ala seorang sister, terkinja2, memekik melolong mcm polong gila bila tgk maher zain tgh bernashid? really? itu maksud taqwa kau? berbalik kepada si azhar idrus ni, pada aku, dia ni dah sampai satu tahap di mana dia mencapai kekebalan di sebabkan fan dia yang taksub, bukan respek, tapi lebih kepada taksub. ini dah boleh jadi CULT tahu? halal dan haram suka2 hati kau nak label, konsep ntah apa2.

pernah sekali aku tgk screenshot azhar idrus ni. ada sorang bani melayu bodoh bertanya, ustaz, apa hukum main "money-drop", katanya haram, bila wang tu melebur. berunsurkan judi.

aku facepalm. walau aku ni bukan bertaraf ustaz, tapi aku ada pergi sekolah agama sampai darjah khas. hadiah. hadiah tau? buat sesuatu dapat hadiah. cuma konsep di money drop ni, hadiah tu dia letak kat mana2, salah jawab means tak dapat, sama juga macam konsep nak terima hadiah tapi mesti memenuhi beberapa kriteria. kelakar lah. aku rasa nak bagi si azhar idrus ni buku kitab sekolah agama johor darjah 5, muamalat, biar dia faham balik apa maksud judi, hutang, hadiah, tak silap aku topik 5.

foine. berkenaan kes rebina n coke tu, aku nak suruh dia masuk UITM, eh tak. salah. masuk form 4. buat eksperimen mengenal pasti jenis2 alkohol. maklum la. sekolah pondok, mengaji je kerja. mana la nak tau tentang hal dunia dan sains.

kes ketiga, aku tak puas hati. aku ada post something hari tu. berkenaan medikal.

"ada satu pasangan kembar siam ni, parents mereka nak seperatekan mereka, tapi telah di beritahu tentang komplikasi dan kesan nya. kalau di biarkan, mereka boleh hidup. tapi parents mereka berkeras nak seperate, malah juga sedar HANYA salah seorang sahaja di antara mereka akan hidup. jadi di sini, adakah matlamat parents mereka mengHALALkan cara? membunuh sedangkan kedua-duanya boleh hidup. kita bercakap soal hak, dan anak kembar siam itu sudah mumaiyiz"

tiada berjawab. yang ada hanyalah caci maki. cakap soalan aku ni terlalu merepek. terlalu komplikated.

tapi bila aku scroll kebawah sedikit. soalannya. ya tuhan....ini kucing aku pun tahu, apa hukumnya mencuri ikan di dalam singki, jawapannya kurung dalam sangkar makan frieskies je, no fresh fish for u.

u see? u see?

kemudian isu hijabsters/serbanitas alike ni.

pada aku. diorang ni hipsters. di mana nak berdakwah, tapi nak bercinta, tapi nak suruh orang masuk neraka, tapi nak jadi ahli berfalsafah bercinta mcm plato, socrates, tapi nak buat dalam konteks islamik. tapi nak pakai tudung, tapi nak berfesyen, tapi nak gedik2, tapi nak femes, tapi nak kawin tapi student.

ha berapa banyak tapi.

kenal website iluvislam?
baca part bercinta?

pengamatan aku, gatalnya mengalahkan awek2 yg lepak herris/uncle don. tapi berlapikkan tudung. kelakar. aku faham. mereka2 ini semua bergiat aktif di beberapa universiti islamik. uia, al azhar. konon2 tampil dengan imej islamik trendy, boleh pakai skirt tapi mesti labuh bla bla bla u know the drill. mekap biar tebal, mata celak biar power. ayat kena manis. tak cukup, mesti tambah cinta kita demi tuhan.

hari2 akan keluar artikel pasal kawin, nikah kitbah la. kawin tak susah la, tak suka tutup lampu la.

ok fine. kau 20. jantan kau 22. kawin je, takyah mas kawin pape, langgar je orang tua kau, lepas tu bagi laki kau makan buku teks. kamon, realistik sikit. ini bukan zaman dulu2. true. memang nabi muhammad tu dulu tak berharta waktu kawin dgn khadijah. tapi tgk khadijah? at least dia ada something. while u guys gatal mengenyam apa pun takda tapi nak kawin, nak bercinta. kata islamik, nafsu kawal la. takyah la buat kartun yang menunjukkan golongan serbanitas dan hijabsters mcm korang ni lagi mulia dari yang mana berdating peluk2 pegang tangan. nampak tak kat situ? dakwah dengan berhemah, bukan dengan mendatangkan aib.

aku faham, zaman sekolah korang bermula dengan sekolah tak campur laki pempuan, sekolah islamik, tak di dedahkan dengan keadaan sosial sepertimana kanak2 lain. bila dah meningkat dewasa, dah kenal nafsu, tapi nafsu kau di kekang pegangan agama, mcm ni la jadinya. penah la sekali aku sendiri kena benda ni. ex girlfriend aku di usha budak sekolah agama, bukak txt msg tgk, ya tuhan. geli bapak. kalah lah sial apa yang aku sendiri txt. hai gorgeous, bla bla dengan broken englishnya. jijik. puihhhhh.

itu baru part yg lovey dovey, part yang jadi tuhan di dunia manusia ni belom lagi. suka2 jatuh hukum halal haram. itu takleh, ini takleh, yang radikal lagi jenis taksub FREEMASON, taksub THE ARRIVAL, taksub nak jatuhkan kesatria KNIGHT TEMPLAR.

iluvislam tu sebenarnya penuh dengan info, tapi lately aku rasa dah merapu. penuh dengan statement2 cinta daripada dakwah, dah lari daripada perjuangan mereka sebenarnya. sekarang fenomena ustaz daniyal don pulak. letak gambar ustaz tu pakai kot lepas tu kata hensem, jatuh cinta. kenapa kau tak letak gambar adam brody je? eh hensem la adam brody, pelakon OC, dia tu islam, imam surau bla bla bla. ohhh im meltinggg~~

konklusinya, kaitan antara azhar idrus, sebanitas/hijabsters ni, mereka lah yang menjadi tunjang kepada gerakkan CULT azhar idrus ni. benda2 kegilaan mcm ni kena di hentikan. dunia sekarang tak macam zaman nabi dulu. ada benda sekarang yang tak wujud di zaman nabi dulu. seblom jatuhkan hukum halal haram sana sini, kaji, GOOGLE ada, bukan BANNED GOOGLE pasal tu gergasi maklumat israel, so kau taknak percaya.

ilmu bukan milik mana2 agama/kaum. ilmu tu milik yang hakiki. mereka yang rajin mencari ilmu akan dapat kebaikkannya. orang arab zaman dulu dengan zaman sekarang tak banyak beza. masih lagi kuat mabok. masih lagi berpuak2. kau tau sapa yang preserve ilmu zaman perang salib dulu? tok nenek moyang orang rom/spanish/turkish. lepas tu ilmu tu jatuh pada org kristian. ilmu tu di terjemahkan, lepas tu di olah semula dalam aspek kristianiti. orang arab buat apa time tu? timbang arak? turki arab? plato/socrates/aristotle tu arab? ibn2 tu semua arab? kaji semula.

dah memacam aku membebel.
ja~


4 comments:

h.a.n said...

nice one qayum

s.z.a_s.z.a said...

i loike it bro.... :)

p/s: jom makan2...

Diyana Munira said...

Whoa, marah you!

Jap! Judi bukannya happen when you taruhkan duit you untuk dapatkan duit lagi?

Hijabsters tu no komen lah. Sebab diri sendiri tak pakai tudung (will do someday Insya Allah).

Berkinja2 during nasyid??? Seriously? That guy's cute and all but entah lah. I don't know lah maybe I'm not the terkinja2 type. Some of his songs made me cry, camana orang boleh terkinja2?

Speaking of artis? Remember Orang-Ulu-Tiram-yang-kerja-kat-Singapore-tak-solat-Subuh-bak-kata-Bob-Lokman? I'm glad that he's changed for the better but perlu ke nak cakap camtu? Yes, some people memang tak solat Subuh but really? Is it necessary to say that? That's like saying semua KL girls pakai mini-skirt, stripper's heel, spaghetti top and act like Paris Hilton which is not true!!! Oh well, a stereotype begins with a grain of truth.

Anonymous said...

I love this post!