childhood memories - raya mode

teringat di zaman membesar dulu, raya amat meriah. yelah duduk pun kat area kampung. kalau tak belajar main meriam tin, meriam tanah n meriam buloh, tak payah jadi budak lelaki ler.

ada 5 jenis tak silap aku.

1. meriam tin - ini meriam paling standard, mudah je pakai tin, korek tanah. ni org kata amateur n beginner punya permainan

2. meriam buloh dengan minyak tanah - bila dah naik rank jadi rookie, baru main ni, barulah tangan putus haha

3. meriam batang betik - ini bunyi kaw, batang dia tahan lama tapi bila habis raya out, leceh skit kena korek isi dalam tu kasi clear baru boleh main

4. meriam batang besi + konkrit - selalunya rembat tiang telekom dulu kat tepi2 perumahan area tempat aku, gergaji kasi potong baik punya, korek tembus, tanam dalam tanah dalam2. mantap derr..bergegar bukit soga..

5. meriam batang pvc - ini agak bahaya sebab tak berapa kukuh, tapi ada jalannya. lilitkan dengan dawai, or getah tube motor, lilit kasi kaw. baru mantap, bunyi dia..perghhh powerrrr. legend je selalu buat meriam ni, rembat tnb punya piping bawah tanah, potong pakai gergaji, hantar bengkel tuk modify

haa ni bluprint cap ayam

haa ini halaman berwarna (acah2 mcm manga naruto)


the actual thing. hahaha

teringat dulu polis ronda lepas 2-3 blow, sorok atas bukit kaw2, pukul 12 baru keluar. pastu kalau main, budak kampung sebelah sahut, berdentum2 bunyi kekeke. ada member tu lepas 10 kali dentum terus bingai dia, cakap apa pon tak dengar. hahaha sakai. setakat mercun ketupat, ke bola ke, thunder king je, mercun bateri 32 shot ke, tak boleh challenge ini meriam laaa.

haih rindu betei zaman budak2...

0 comments: