perosak.

ntah.maybe aku ada gift yg selama ni aku tak sedar.gift yg berkuasa perosak.
anything yg aku involved in semua tak jadi.semua rosak.hari ni.kesemua kuasa perosak ini terbukti benar.

berkawan,rosak friendship.
berkasih,rosak kekasih.
bermain,rosak permainan
bersendiri,rosak hati
apa je aku buat tak rosak? kau sebut.aku nak dengar sikit

mungkin aku merupakan salah satu antara cerita dongengan yg wujud.pernah dengar cerita 2 beradik yg seorang apabila bercakap keluar batu permata, dan seorang lagi keluar ulat.

ah.mungkin sedang aku menulis bende "rosak" ni mungkin aku dah rosakkan hati segelintir manusia dgn tulisan aku yg rosak ni."merosakkan" mata dan hati mereka.mungkin juga aku dah "rosakkan" minda mereka.

ah sudahlah.aku ingin meminta maaf.sekiranya aku ini ada merosakkan di antara kamu yg membaca penulisan rosak aku ni.tak mengapalah.daripada aku libatkan org lain turut rosak dgn gift perosak aku ni.adalah lebih baik aku mengasingkan diri.

muka dah rosak.perangai pon rosak.bahasa rosak.tgk la.aku yg berkebolehan perosak.sentuhan perosak aku mampu merosakkan sehingga tidak boleh di perbaiki.mungkin sehari dua ni aku agak emosi dgn beberapa perkara.dan aku juga menjadi pelupa.lupa kepada yg esa.lupa kepada si dia.lupa segala2.sudah la perosak.kemudian dia menjadi pelupa pula.

maaf kerana terlalu banyak menyakiti hati org.mungkin sudah sampai masa aku menerima balasan.balaslah.aku sedia menerima segala balasan di atas segala perbuatan.

0 comments: