1. tak payah balik kampung. duduk kl ni raya sorang2 dalam LRT/KTM dengan bangla/nepal/campuchia/negro - paling mudah, lepas tu tweetlah #fuckmaxis #fuckKTM mcm @akuskizo hari2 buat.
2. balik kampung bawa balik IC dan lesen memandu serta wang yang cukup-cukup untuk tambang bas pergi dan balik serta buat muka baru lepas di rompak di puduraya/TBS. mungkin anda akan di beri duit raya
3. hadiahkan id dan pass online banking anda kepada sahabat rapat mahupun orang gelandangan 2 minggu sebelum raya. lepas tu lupakan hal itu dan hidup mcm biasa
4. tukar duit raya dengan duit buruk, bukan duit baru. sila ke pasar ataupun bengkel untuk menukar dengan wang hanyir/berminyak/koyak. lepas tu offerlah kepada anak buah/jiran tetangga/sepupu sepapat. "maaflah, tak sempat tukar duit raya...ini je yang ada...taknak tanpa..."
5. langgan china dolls. habiskan duit anda sehingga tidak tinggal apa-apa. katakan pada orang tua mu, "mak, abah, ini makwe2 saya. selamat hari raya, maaf zahir batin"
6. buatlah hal di tempat kerja sebulan sebelum raya untuk di berhentikan kerja tanpa notis 24 jam. lepas tu duduk rumah, sila main video game dan bela rambut serta misai dan kumis.
7. pura-pura gila bila tiba hari raya. katanya tak dapat terima hakikat dah raya, masa berlalu dengan pantas, sila meroyan dengan suara seperti langsuir betina liar, mengilai dan bertenggek di atas sofa dengan hanya bertuala sahaja. pastikan abah anda backhand anda sehingga anda pura-pura pengsan.
8. meminta kesemua anak2 buah untuk membawa fotokopi slip peperiksaan masing2. siapa ada C tak perlu bagi duit raya, siapa ada B akan dapat duit syiling dan siapa ada A tapi campur2 B dan C akan dapat sekeping seringgit. jadi tegas, tetapi kombinasi gred itu adalah hak mutlak anda.
9. sila bawa balik buku bank/statement bank anda yang "sejuk dan beku itu" lalu fotokopi dan masukkan kedalam sampul duit raya dan berikan kepada anak2 buah anda. 10 minit kemudian, tunggu feedback dari ibu bapa mereka.
10. sila main meriam buluh sehingga putus jari jemari. dan katakan, "paksu tak mampu nak bagi kamu duit raya bukan apa...tgk lah jari jemari paksu ni..duit raya paksu dalam kocek..tapi paksu tak mampu nak bagi kamu....*menitik air mata dan dalam 20 saat kemudiannya meraung, tanda tersiksa dan terluka di dalam hati di ajukan soalan kenapa taknak bagi duit raya* konfirm takde orang tanya.
sekian, selamat malam,
terima kasut
LULZYAH
10 tips untuk tidak bagi duit raya ketika hari raya
Thursday, August 9, 2012 | Posted by Qayyum Abdul Razak at 1:45 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment