tipikal di bulan ramadhan

secara ilmiahnya, tipikal ini membawa erti :

"ciri-ciri lazim yang selalunya (common) atau lazim, dalam nada lain ianya membawa maksud lumrah (norms) ataupun kebiasaan/kebanyakkan"

kita tahu yang bulan ni merupakan bulan ramadhan, jadi saya yakin hampir semua umat islam yang berpuasa ada keinginan untuk berbuka puasa di luar mahupun di buffet-buffet ramadhan yang di berlambak-lambak sana. tapi saya ingin menyentuh beberapa perihal berkenaan ini.

seperti mana yang kita tahu, tak semua orang berkemampuan ataupun mempunyai dana kewangan yang lebih untuk hadir ke buffet-buffet ramadhan ini. bagi saya, sekiranya anda tahu maksud buffet ramadhan ni, dan tahu jenis-jenis buffet yang anda pergi, anda patut sedia dengan jenis makanan dan jenis buffet yang di sediakan.

rata-rata, buffet yg berharga rm 15-20 ke atas adalah buffet kelas ke 3, di mana restoren yang menyajikan makanan kebanyakkanya tidak akan mengisi semula makanan di dalam bekas makanan. jadi adalah normal apabila restoren ini di serbu 50 keluarga dalam satu-satu masa dan kunci untuk makan sampai puas di sini adalah datang awal dan cedok awal, bukan datang lambat macam raja dan naik angin bila makanan habis.
kalau pergi bazar ramadhan pun, saya sendiri belanja dah nak sampai rm 15, kuih rm 3, air rm 3, nasi rm 6 paling murah, murtabak rm 3. betul? tak betul? saya makan banyak? oh tidak..

jadi hujung minggu lepas saya telah ke restoren pak apa ntah di kampung baru, ada satu famili ni bertekak dengan tuan kedai. memalukan bangsa saya, memalukan tuan kedai, dan juga dirinya sendiri, kata makanan tak cukup, family itu duduk di bahagian paling depan sekali, dan saya nampak mereka datang awal. kenapalah tak cedok makanan tu banyak2 awal2. dasar tipikal melayu.

ini baru satu contoh jenis sifat tipikal, ada lagi, sepertinya pergi ke bazar ramadhan dan merungut tentang harga dan rasa makanan. pendapat professional saya, sebungkus nasi pada tahun 2005 zaman saya belajar adalah harga di sekitar rm 4.50 sebungkus, nasi, lauk ayam/daging/sayur. sekarang sudah 2012. bukan tiada yang menjual dengan harga sekitar rm 4.50, ada, harus cari. jadi bagi saya harga rm 7 pada tahun 2012, itu adalah biasa. anda kena ingat, yang berniaga beli barang, diorang pun beli barang dengan harga mahal, tak semua peniaga menipu, tak semua peniaga guna barang murah. benda ini berkait rapat dengan kemampuan kita atau tidak untuk mengisi perut kita sendiri. 

saya selalu memerhatikan gelagat orang ramai/kawan-kawan yang komplen. pegi buffet murah, tapi nakkan makanan ala-ala 5 bintang. apalah salahnya awak masak sendiri, ataupun makan sahaja makanan rakyat 1malaysia yang murah tu. selera besar, tapi tak mampu dan komplen. apalah..

bulan puasa ni, boleh kata saya berbuka puasa dengan agak mewah, di kg baru restoren d'lala, seoul garden, hotel singgahsana, flaming steamboat, nasi briyani batu pahat di seri kembangan. itu semua lebih dari rm 50 sekali makan. tidak pula saya komplen harga mahal. puas je hati. kenyang je. cukup je makanan

biasalah. masalah melayu yang tipikal. ini bukan zaman 1960 di mana 10 sen itu bagaikan seringgit dan rm 50 tu bagaikan rm 500. nilai duit makin susut. kalau ikutkan nafsu, mcm tu lah jadinya. rm 15 punya pasal nak bawa bergaduh bertikam dgn tuan punya restoren, kan malu. blerghhh

tadi saya makan di hotel singgahsana PJ. rm 70. saya makan agak banyak dan semua booth makanan saya belasah walaupun saya rasa saya makan tak sampai harga rm 70 tu. makanan dia banyak, sentiasa refil dan fresh. ada hiburan dari kumpulan saujana lagi. siap bagi cabutan bertuah lagi. 

nampak tak perbezaan kasta buffet-buffet? tepuk dada, jangan tanya selera ataupun tanya nafsu, tetapi tanya kemampuan. sanggup atau tidak. mampu atau tidak


p/s: bagi saya, kepelbagaian makanan di buffet2 tak penting, yang penting ialah dapat makan bersama dengan kawan2 dan keluarga. makan sikit pun rasa kenyang. betul tak?

0 comments: