mimpi. kadang kala di definisikan sebagai mainan tidur, ataupun ada yang kata ia adalah pengembaraan kita sebagai roh. sebangkitnya kita dari mimpi, kita keliru.
baru-baru ni aku di datangi mimpi. mimpi yang lama dulu aku dapat. mimpi di datangi seseorang untuk berkongsi sesuatu yang aku tidak mahu. family belah abah aku unik. 6 daripada 12 orang adik beradik abah aku ada kebolehan mistik. masing-masing ada kebolehan unik mcm boleh mengurut, boleh "nampak", boleh mengubat, boleh "bercakap", boleh "menurun", "kuat".
zaman uitm dulu aku penah dapat mimpi yg aku dapat last week. ada orang tua pakai baju putih siap berserban bercahaya datang time aku tgh duduk tepi sungai. kata dia nak berkawan. 1st time kena aku buat tak endah, lepas tu mimpi yang sama datang balik malam esoknya, dan lusa. 3 kali. datang bawa hajat yang sama. nak berkawan. lepas 3 hari tu aku demam, sakit2 badan. aku balik johor n cerita dgn mak. mak kata benda tu datang nak share ilmu dgn aku. nak berdamping kata dia. tapi aku kata aku tak jawab org tua tu punya soalan. and start hari tu aku mula nampak benda pelik2. tapi tak selalu.
aku nampak 2 budak kecik yang menumpang rumah aku. aku ingat aku je nampak, kawan mak aku pun nampak. lepas tu kadang2 ada nampak benda melompat atas tiang lampu kat area parit besar tu. kadang2 dengar tapi tak nampak. but makin lama ability tuk nampak dgn dengar ni makin hilang..
and lately waktu raya aku dapat lagi mimpi sama.tapi kali ni pakcik tua tu suruh aku kembali ke jalan tuhan. suruh aku jangan tinggal solat. suruh aku mengaji, katanya aku dah lama tak buat benda2 tu. dia tak lagi nak berkawan dgn aku. aku dah demam 7 hari. batuk, sakit badan, selsema. aku cakap dgn "mak", mak kata padan muka aku.
rasanya dah sampai masa untuk aku atur hidup baru.
mimpi
Tuesday, August 28, 2012 | Posted by Qayyum Abdul Razak at 12:33 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
seram T.T *berlo;am gak airmata*
Post a Comment