semperna musim perayaan ni, abiang yum ingin share beberapa info dan tips2 berkenaan penjagaan/servis motor dan cara menunggang dengan selamat di atas jalan raya/highway. biasalah, abiang yum ni rider, kawan-kawan abiang yum pon ramai rider.
bagi bikers kapcai, terdapat beberapa benda yang perlu di ambil kira sekiranya ingin memulakan ride yang agak jauh dan panjang. se-eloknya, sehari dua sebelum memulakan ride, bawalah kapcai anda untuk di periksa dan service. pastikan anda pergi ke kedai service yang ada tenaga kerja yang professional, kadang ada pomen ni keje dia nipu je, duit nak, pasang sambil lewa, tu yang kadang brek tak makan la, itu lari ini lari, tak memasal nak ziarah kubur kawan2 abiang yum ni. betul ni, serius, bahaya benda2 mcm ni, jangan bawak main..
tips servis motor
1. tukar minyak hitam kapcai anda.
biasanya, minyak hitam ni perlu di tukar sekiranya meter anda dah dalam gandaan 4000-5000km. 6000km pon boleh. kalau kurang dari number di atas bawah 5-6 bulan, pun tukarlah sekali. takut minyak hitam tu tak pekat. pakai la minyak mahal sikit, kalau murah kapcai anda senang "bobok/bobop"
2. minyak 4t - bagi kapcai 4 lejang/skooter.
tukar minyak 4t untuk memastikan kelancaran, kalau long ride, tukar gear tu kita dapat rasa smooth tak smooth, n tuk maintain speed kapcai anda. standard pakai vsx la. tahan lama skit.
3. minyak 2t - bagi motor2 power mcm 125z, ninja 150 rr, rxz.
minyak 2t ni penting bagi motor2 2 lejang ni pasal memastikan enjin motor anda tak jammed sekiranya anda menyetan di highway/jalan raya. kalau boleh 2t ni jangan bagi kering, jangan bubuh lebih. kena ngam2. jahanam enjin der kalau kering. pastu kalau enjin lu jammed, mmg jadi segumpal daging burger atas jalan tu..
4. oil filter/spark plug
sebelum tukar, buat checking dulu, sama ada kena tukar or just kena servis je. jarang sekali benda2 camni rosak.
5. service air filter/fuel filter/radiator/coolant
kalau agak2 dah hitam berkerak benda2 ni, eloklah di tukar, kalau tak, spray angin pakai compressor, air coolant tu kalau dah kering mohon refil, nnt long ride enjin tak panas sangat, kena jaga enjin, jangan bagi jahanam
6. sproket/rantai/belt skooter
pastikan sproket anda tak tajam, kalau tajam senang lucut rantainya, rantai pun jangan tegang sangat jangan kendur sangat. pastu kalau bunyi belt skooter tu dah macam kucing nak mampus, bawak2 la tukar, kang tgh ride putus tgh jalan..apa pon tak dapat
7. tayar
pam tayar tu. jangan bagi keraih sangat. lembik sangat pun takleh. di nasihatkan pakai tayar tubeless. lebih selamat dari tayar bertube. kalau long ride di nasihatkan pakai tubeless, kurang masalah berbanding tayar bertube.
8. side mirror/signal/lampu
check jugak benda2 ni. manalah tau nak ride malam. karang org langgar, apa pon tak nampak. ingat langgar kucing/anjing/lembu. adalah bahaya kalau ride malam or dalam gelap or hujan tanpa ada benda2 ni. lagi2 musim perayaan.
tips ride di jalanan
1. sekarang abiang yum dah turun pangkat, jadi street/town rider. naik kapcai lc je. bagi mereka yang naik kapcai LC dan sewaktu dengannya (tanpa di modify jadi LC 179 cc) kita wajib bawak di lane paling kiri sekali. haa kalau boleh jangan dalam sangat emergency lane tu. selalunya org buang paku bla bla bla kat emergency lane tu. biar tgh2 antara lane kiri hujung/emergency lane.
2. kalau balik berkonvoi, mohon jarak yang selamat antara rider2. lantik satu marshal depan dan belakang, selalunya kalau bikers berkuasa tinggi, diorang akan main lane kanan, ride dalam speed 150-170km/h secara konstant, sebab depan ada marshall, belakang pun ada marshall, takde alasan kenapa tertinggal dan kenapa terlalu perlahan, bikers ada system, ada signal kalau nak berhenti ataupun slow down ataupun sprint.
3. protective gear, mohon pakai glove, helmet kalau boleh yang berkuali, kalau bikers berkuasa tinggi, pakai full face, pakai mask. baju mesti lengan panjang, kasut.
4. kalau ngantuk, penat, bontot kematu, haus, lapar, horny, mohon berhenti di mana2 hentian. selalunya setiap 40km ada 1 R&R n setiap 20 km ada hentian. mohon selesaikan apa yang patut.
5. kalau ride malam, pakai baju yang memantolkan cahaya. senang orang nak nampak awok ride. highway melaka johor bahaya. lampu takdak. seriusly.
6. kalau highway jammed, pasti ada nokhorom yang akan masuk lane emergency. jangan risau, prepare beberapa biji batu. mohon HON dulu sebelom bertindak, kalau abiang2 semua faham apa yang abiang yum maksudkan dengan bertindak tewww.
7. kalau boleh, bawalah mp3 bersama. gunakan earphone mini yang sesuai dan boleh muat dalam helmet tew. takde la mengantuk or bosan time ride. abiang yum salu buat camni. buh lagu kpop. kekeke
8. sebelom ride. mohon bagi tau sedara mara or rakan2 rapat. kalau apa2 terjadi, mereka tahu anda sedang buat apa dan di mana. senang.
9. berehat secukupnya sebelom memulakan ride.
sekian saja pesanan abiang yum dalam post kali ini, abiang yum balik johoq hari jumaat pas sahur. nak merasa jalan awal pagi. abiang yum dah serbis motoq petang semalam. mahai. kena 200, tukaq tayar n benda2 apa semua. rasa macam kena kencing, jilaka. takpalah. biar mahal asal selamat ye dak.
sekian, selamat menyambut hari raya,
selamat ride,
selamat jumpa rider pempuan chumil,
selamat berjumpa sanak saudara dalam keadaan sempurna
ingatlah orang yang tersayang.
nak hidup lama?
Wednesday, August 15, 2012 | Posted by Qayyum Abdul Razak at 12:22 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
dah!!aq tak yah bce yg laen dah!!
yg ni mmg info 100% complete!!
trime ksih abg yum
1 lagi nak tambah,,lagi yg suke ride sorg2 kt highway 2..amik no tepon kcemasan,plus,mtd, bomba,polis,kastam,hahaa snang kalo jd ape2,,
~hti d jln rya~
Post a Comment