tak tau la sapa yang buat acc mcm ni, tapi peduli apa? akaun mcm ni seharusnya di wujudkan untuk menyindir mereka-mereka yang jahil, yang berakal pendek, yang percaya bulat-bulat sahaja tanpa usul periksa, acc ini bukanlah satu serangan peribadi ke atas ustaz-ustaz, tiada lansung niat di hati.
NON-HALAL!
haram bagi seorang ustard untuk mengharamkan. Hanya kami berkuasa mengharamkan semuanya!
Jason Mraz nak buat konsert di KL lagi? Album beliau "We Sing. We Dance.
We Steal Things" haram dimiliki kerana menggalakkan pencurian.
Hari Ibu haram, Hari Bapa haram, Hari Jadi pun haram. Sesungguhnya hari yang tidak haram adalah Harikrishnan.
Coklat Toblerone haram kerana mempunyai bentuk piramid; salah satu simbol illuminati.
Menyokong Red Devils adalah haram kerana ianya perbuatan menyokong
shaiton. Sebagai alternatif, sokonglah Red Warriors. Gomo Kelate Gomo!
Memakai serban adalah haram kerana perbuatan itu menyerupai kaum Sikh.
Bridal shower dan baby shower mahupun golden shower adalah haram
hukumnya. Shower yang halal hanyalah mandi wajib dan mandi sunat
"Bungy jumping" dan "skydiving" hukumnya haram kerana ia adalah
percubaan membunuh diri.Party-jumping into PAS je satu2nya lompatan
halal
Haram jika mempunyai rambut gaya dreadlocks. Namun, menyimpan janggut dreadlocks hukumya sunat muakkad.
Haram membuat simbol "Peace" kerana ianya simbol anarki yang
dipopularkan oleh "V" dalam movie V for Vendetta. Anarki bukan konsep
Islam.
Sokong Liverpool FC tak haram sbb Lagu You'll Never Walk Alone sesuai dgn konsep Islam; anda sentiasa ditemani 2 malaikat bukan?
Haram tidur sekatil atau sesofa dgn binatang peliharaan walau syg tahap
mana pun, takut timbul berahi binatang/"bestiality". Jauhi zina!
Haram wanita main bola sbb menyerupai lelaki. Wanita hanya boleh bermain
dgn bebola ketam & udang didapur, atau juga kepunyaan suami.
Pisang dan timun haram bagi wanita? Kalau begitu, limau bali dan tembikai susu diharamkan bagi lelaki.
Haram mengucapkan "T.G.I.F" kerana Fri-day adalah hari meraikan para
"friar" atau rahib gereja. Ucaplah "Alhamdulillah Jum'ah Sudah"
Duit yang haram hanyalah duit yang terkena babi atau anjing. Duit hasil rasuah atau riba nampaknya belum betul2 diharamkan
Mendengar lagu2 death metal dari band seperti Demise atau Raise Hell tak haram sbb mengingatkan kita kepada neraka dan kematian.
Haram bagi isteri habiskan duit suami kearah benda2 haram, patutnya isteri perlu bijak belanja harta suami di jln yg diredhai.
Bermain gitar haram hukumya sbb alat ini bertali. Sebab itulah Guitar
Hero dicipta! Lebih mematuhi syariah. Islam tak 100% haramkan hiburan.
Haram menggunakan produk dari Lebanon sebab adanya pokok Krismas yg
jelas terpampang pada bendera negara ini! Sila boikot sekarang!
Sokong Arsenal tak haram sebab Stadium Emirates dibina atas prinsip kewangan Islam yang diamalkan oleh Emiriah Arab Bersatu. #arsenal #haram
Set alatan geometri haram kerana jelas kaitannya dengan simbol Freemason. Takut rosak akidah budak sekolah yang masih mentah!
Anak anda menabung dalam piggybank? Niat yg bagus tp caranya lari dari konsep perbankan al-Wadiah maka perlu diharamkan.
Duduk bersila haram sebab menyerupai sami2 Buddha yang bertapa dalam
posisi Lotus. Duduk yang halal hanyalah duduk tahiyat awal dan akhir.
Tertaip character ini "†" di keyboard bila tertekan key "Alt+T". Cuak
kejap. Patut diharamkan keyboard sebegini sbb takut terpesong akidah!
Filem"Fitna" karya Geert Wilders diharamkan sbb hina Islam. Fitnah2 di dada2 akhbar masih halal nampaknya. #serius
0 comments:
Post a Comment