Kasino - Fixi contest

Kasino – Qayyum Abdul Razak

im not a writer. im trying hard to be one :)

Kata ulamak, arak adalah si ibu segala dosa. Bau air syaitan ini menerjah ke hidung Rudy. Hidungnya sudah lali sebati. Jerit pekik segala isi durjana di dalam sudah puas di mamah telinga. “WONG SHENGG, WONG SHENNG, *clink clink clink clink* bertaburan syiling terhambur keluar dari lubang syurga. Hanya jeritan itu yang Rudy mahukan. Hanya itu.

“Lagi!! Lagi!! LAGI!!!!!” teriak Rudy yang hanyut dalam titik di antara teriak dan tawa. Biarpun untungnya kecilan, biarpun pusat pujaan hatinya itu biasa, gelak, tawa dan teriak Rudy persis seorang raja yang bertarung di gelanggang jutawan Bellagio.

“Waa Ludii, manyak lu kena la ini kali”, sapa Steven. “Biasa lo, ini kuda kita “buat” dia punya, ini kuda kita boleh baca, itu genting kalau wa naik, itu kad semua wa “sailang” dah semua. Lu sebut je triple? double? royal?  Wa sailing ma, ini Ludi la. Ludii”. Di dabiknya dada berkali-kali. Biar semua dengar.  
Daun pintu di buka ganas seraya terdengar tawa seseorang.

“Kah kah kah..Hek ele, lu ni kalau setakat main mesin kuda lu gebang macam lu Phil Ivey, eh eh lu boleh balik rumah minum susu la”. Hilai tawa Taha dan kuncu-kuncu tak berotaknya memenuhi ruang berasap kepuk-kepuk dan berbau air syaitan sang alkohol si ibu segala dosa. Bagi Taha, seorang lelaki hanya memerlukan empat benda untuk di gelar JANTAN. MOTOR, TREK, BETINA dan DUIT. Mesin kuda? Di gelarnya “PUSSY”

Taha mundar mandir. Tak keruan. Rudy mesti di ajar. Kokokkannya harus di hentikan. Taha kecamuk. Ambil kerusi dan duduk depan Rudy. “Macam ni la Rudy, sekarang kau dah kaya kan? Kan? Aku ingat aku nak “sailang” kan je duit kau yang tak seberapa ni.  Amacam? Kali ni tak payah main motor la kali ni,  ada bran ke tak Rudy? Rule ikut engkau. Kalau aku kalah kau ratah si Shiela ni. Hahahaha boleh Shiela?” sambil Taha menghembuskan asap seribu penyakit berkepul-kepul keluar dari rongga peparunya melalui hidung. Di taburkannya not RM 50 atas kepala Rudy.

Panas. Berdesing. Merembes. Shiela. Gadis yang pernah jadi kegilaan Rudy sewaktu dia memakai lencana pengawas di sekolah dulu. Hatinya panas. Nafsunya membara. Rudy teguk air syaitan sekali dua. “Biar aku “caras” betina kau malam ni. Biar aku caras…

1 comments:

Danilo Sinta onlinecasinoinfo.de said...

großen Beitrag ... vielen Dank dafür!